PAKATAN RAKYAT ADALAH PEMBELOT?

>> 26 September 2012


Suaram, Bersih, Malaysiakini dan beberapa pertubuhan mengakui menerima dana asing dari luar negara. Dana asing itu seperti yang diketahui didalangi oleh penyangak mata wang dunia yang berbangsa Yahudi dan pro Zionis iaitu George Soros. Tetapi masih ada lagi dana yang diterima pertubuhan-pertubuhan ini yang perlu dipersoalkan kerana ianya masih tidak diketahui penyumbangnya hingga kini.

Maka pertubuhan-pertubuhan ini pastinya menjadi dalang dalam menjatuhkan sesuatu institusi kerajaan yang sedia ada. Kemudiannya peranan mereka berkembang kepada pembentukan kerajaan baru yang pastinya akan mengikut acuan penyumbang-penyumbang dana. Apa yang pasti, sistem beraja yang diamalkan Malaysia akan terhapus kerana acuan mereka merujuk kepada sistem republik di bawah panji "demokrasi".

Ini juga semakin membenarkan kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang bekas ahli DAP yang bernama Razali yang menyatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia banyak perkara akan berubah. Tiada lagi Islam sebagai agama rasmi, orang Melayu akan dipinggirkan, Raja dan Sultan kehilangan kuasa dan Malaysia akan membuka pintu yang luas kepada musuh-musuh Islam seperti Israel.

Walaupun kata-kata Razali ini seperti sembang orang di kedai kopi, tetapi semakin hari semakin terbukti kata-katanya. Satu persatu kejahatan kumpulan penyokong sistem "republik" didedahkan. Inilah contoh terbaru apabila pertubuhan-pertubuhan yang gemar menimbulkan huru-hara ini menerima dana asing untuk memenuhi agenda menggulingkan kerajaan sedia ada.

Pakatan Rakyat pula dilihat mempunyai hubungan yang teramat istimewa dengan pertubuhan-pertubuhan ini. Malah seperti yang diketahui Pakatan Rakyat akan menjadi penganjur bersama dalam apa sahaja program melibatkan pertubuhan-pertubuhan ini seperti Perhimpunan Bersih.

Jadi bolehlah Pakatan Rakyat dan pertubuhan-pertubuhan ini diklasifikasikan sebagai "satu bakul". Serupa sahaja, nama sahaja lain-lain.

Persoalannya, adakah mereka ini masih tidak boleh dirujuk sebagai penderhaka negara?

Di mana-mana negara tidak kira samada di Singapura, Indonesia, Thailand mahu pun Amerika, mereka ini akan menerima hukuman berat. Malah perbicaraan terhadap mereka ini akan dilakukan dengan penuh ketat dan berat sebelah. Jika di China, mereka ini telah pun lama menemui ajal dihukum hukuman tembak.

Dalam hal ini KDN seharusnya tidak perlu berlembut lagi. Telah terbukti bahawa bibit-bibit perjuangan mereka ini menyimpang jauh dari dasar yang diamalkan Malaysia sejak bertahun. Seharusnya operasi mereka dihentikan serta-merta sementara siasatan dijalankan. 

Dalam hal ini media-media pembangkang dilihat melompat menyerang tidak tentu hala mempertahankan perkara ini. Terbaru Tun Mahathir menjadi mangsa serangan konon-kononnya meminta bantuan dari George Soros beberapa tahun lepas. Tetapi kisah tersebut sama sekali tidak disertakan dengan bahan bukti melainkan sekeping gambar Tun Mahathir dengan George Soros yang berkurun lamanya. Tetapi menghairankan apabila penyokong pembangkang masih boleh mempercayai kisah tersebut bulat-bulat walaupun kisah tersebut terlalu banyak boleh dipertikaikan kesahihannya.

Sekarang ini cuba kita bertanya kembali, wajarkah kerajaan melayan tuntutan yang dikemukan pertubuhan ini seperti 8 tuntutan Bersih dan hak bebas LGBT? Wajarkah kerajaan mengiktiraf mereka sebagai "pertubuhan" dan membenarkan mereka bersuara sewenang-wenangnya?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP