SOKONGAN GOLONGAN MUDA TERHADAP PR TIDAK TERJAMIN

>> 24 September 2012


Minggu ini sedang giat dilakukan pilihanraya kampus di universiti-universiti awam. Dua parti besar terlibat iaitu pro Aspirasi yang condong ke arah kerajaan dan pro Mahasiswa yang sememangnya condong ke arah pembangkang.

Keputusan menyaksikan bahawa pro Aspirasi menang besar di kebanyakan universiti. Pro Mahasiswa pula dilihat gagal dalam mempertahankan kerusi di kawasan yang banyak dimenangi mereka tahun lalu. Hanya kubu kuat mereka sahaja mereka menang.

Pilihanraya kampus ditafsirkan oleh banyak pemerhati politik sebagai pasca PRU nanti. Ini kerana dari sini dapat diperhatikan ke arah mana sokongan golongan muda pada PRU.

Dari sini sudah jelas bahawa dengan kemenangan besar pro Aspirasi secara keseluruhan, sebahagian besar golongan muda adalah penyokong kerajaan pada PRU nanti.

Ini memadamkan segala spekulasi bahawa sokongan golongan muda terhadap pembangkang bertambah. Malah sebelum ini data yang dikeluarkan seorang pemerhati politik pembangkang yang juga merangkap pensyarah di sebuah universiti awam bahawa golongan muda menyokong BN hanya melebihi 3% dan sokongan tersebut akan menurun di masa hadapan adalah sama sekali tidak benar. Malah data yang dikeluarkan itu boleh dipersoalkan kebenarannya kerana terdapat unsur-unsur yang bercanggah dengan fakta sebenar.

Keputusan yang agak mengejutkan iaitu di UPSI. Di UPSI terletaknya Adam Adli yang juga merangkap penjilat tegar Anwar juga menyaksikan pro Aspirasi menang selesa. Ini adalah fakta tepat menunjukkan bahawa sokongan golongan muda terhadap Pakatan Rakyat belum terjamin.

Semasa mengikuti pilihanraya kampus, saya dapat melihat terdapat sebahagian bahan kempen pembangkang dimuatkan di dalam bahan kempen pro Mahasiswa seperti pemindaan akta AUKU dan pendidikan percuma di pusat pengajian tinggi awam.

Taktik ini nampaknya sama sekali tidak berkesan kerana para mahasiswa dilihat lebih cerdik dalam menilai sesuatu yang tidak munasabah serta janji-janji kosong pembangkang. Jadi jelas bahawa kegagalan pro Mahasiswa pastinya akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat nanti.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP