MAHFUZ BEAN MEMPERTIKAI KEISLAMAN ORANG-ORANG UMNO

>> 18 September 2012


Mahfuz menyifatkan orang-orang UMNO sebagai hipokrit kerana menentang filem Innocence of Muslims tetapi pada masa yang sama menghina hukum Allah. Nama Tun Mahathir dikaitkan sebagai pemimpin UMNO yang menghina hukum Islam dalam buku terbitan ahli PAS.

Kata-kata Mahfuz ini seolah-olah mempertikaikan tahap keislaman orang-orang UMNO. Mungkin juga Mahfuz tidak faham hukum Islam yang sebenar.

UMNO sama sekali tidak pernah menghina hukum Islam dalam mana-mana bentuk. Sebaliknya UMNO sedaya upaya dengan kuasa yang ada cuba menaikkan Islam dari terus dihina oleh kaum-kaum harbi dan munafik di Malaysia yang berselindung di bawah pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik.

Antara perkara yang mengaitkan Tun Mahathir dengan isu menghina Islam pastinya penolakan kerajaan di bawah pucuk pimpinan Tun Mahathir terhadap hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS di Kelantan.

Walhal perkara tersebut telah diputarbelitkan PAS kerana hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS bukanlah hukum hudud Islam yang sebenar sebaliknya ianya ciptaan puak-puak PAS sendiri. Di dalam draf yang dikeluarkan kerajaan PAS Kelantan terlalu banyak hukum hudud PAS yang bercanggah dengan hukum hudud yang sebenar. Jadi adakah kerana Tun Mahathir menolak hukum hudud ciptaan PAS maka Tun Mahathir dikatakan menghina Islam?

Mahfuz juga mungkin terlupa bahawa siapa yang sebenarnya menghina dan mempermainkan hukum hudud. PAS sendiri yang sama sekali beralah kepada DAP dalam perjanjian "bersetuju untuk tidak bersetuju". PAS sama sekali tunduk kepada DAP dan PKR dalam hukum hudud demi kuasa. Tetapi PAS telah bertindak seperti lagak orang munafik dengan menjaja dalam ceramah-ceramah murahan mereka bahawa UMNO menolak hukum hudud walhal mereka sendiri yang menolak hukum hudud dan tidak sama sekali mengakui perkara tersebut.

Malah hukum hudud dipergunakan PAS sejak tahun 80 an lagi sebagai modal kempen mereka. Hukum hudud dihina sedemikian rupa demi meraih undi. Inikah yang dikatakan PAS memperjuangkan Islam?

Jadi ada baiknya Mahfuz diam dari mengeluarkan kenyataan bertaraf SRP kerana dilihat semakin lama semakin bodoh dan hanya menjadi bahan jenaka rakyat dengan kenyataan dungu seperti itu.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP