BETAPA PATRIOTIKNYA ORANG PAS YANG TERAMAT ISLAM...

>> 14 September 2012


Saya agak hairan dengan kelaku dan tabiat pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya PAS. Cuba anda fikir, kejap-kejap ceramah. Malam ceramah, siang ceramah. Semua program PAS mesti ada slot ceramah. Agaknya mereka ini dah terlalu banyak masa terluang sampai berceramah 24 jam.

Tak cukup dengan itu. setiap sambutan dan apa-apa perayaan pun mesti PAS nak buat ceramah. 2 minggu lepas semasa Sambutan Kemerdekaan pun PAS menyibuk nak buat ceramah. Yang terbaru, sambutan Hari Malaysia pun PAS nak ceramah juga.

Kadang-kadang saya terfikir sama pemimpin PAS ini sebenarnya ketagih nak bercakap kat mikrofon atau ketagih nak mengutuk kerajaan?

Kalau betullah PAS benar-benar mengikut ajaran Islam, sepatutnya PAS menganjurkan majlis kesyukuran dan bacaan yasin sempena sambutan-sambutan patriotisme seperti Hari Malaysia. Bukannya berceramah!

Tak tahulah saya ajaran PAS bahawa ceramah lebih utama dari ibadat pula. Mungkin ceramah mengutuk kerajaan sudah jadi satu ibadat wajib bagi pemimpin PAS.

Tambah meloyakan apabila artis-artis yang tergedik-gedik turut dijemput berceramah. Sudah banyak kali saya bertanya kepada mana-mana orang PAS yang saya kenal, apa kelayakan artis yang baru setahun jagung diangkat untuk berceramah politik sebaris dengan pemimpin PAS? Adakah kerana mereka ini "artis yang berhijrah" maka mereka ini dapat tiket percuma untuk beri ceramah politik?

Dan setiap kali ceramah PAS skripnya tetap sama. Semuanya salah kerajaan BN. Walaupun tajuk ceramah berbagai-bagai seperti Hari Malaysia, Sambutan Kemerdekaan dan Ambang Ramadhan tetapi tetap akan ada aksi mengutuk kerajaan.

Tambah menghairankan apabila melihat aksi-aksi lebai PAS semasa ceramah PAS. Jika diamati betul-betul, setiap kali ceramah PAS ada di satu-satu kawasan muka yang hadir sama sahaja. Kat Ampangan muka dia, kat Lenggeng pun muka dia. Lebai-lebai ni tak bosankah mendengar skrip yang sama bertahun tahun? Walaupun mereka ini sudah tahu skripnya "salah BN" tetapi mereka ini tetap hadir setiap kali ceramah. Adakah ceramah PAS boleh menyebabkan ketagihan?

Dengar ceritanya selepas ini Bob Lokman pula akan dijemput PAS Negeri Sembilan untuk program meraikan bakal jemaah haji. Cuma nak tanya sikit. Bob Lokman yang dijemput meraikan bakal haji tu dah pergi haji ke belum?

2 comments:

Anonymous,  September 14, 2012 at 4:21 AM  

sumber rezeki tu.....

Anonymous,  September 14, 2012 at 7:32 AM  

Berkongsi pandangan dari Nabi s.a.w.!:
"Janganlah membuat rencana jahat dan janganlah bersekongkol membuat rencana jahat.Sebab Tuhan telah mengatakan bahawa tidaklah akan menimpa rencana jahat itu kecuali kapada ahlinya sendiri. (Riwayat az-Zuhri).
Sebab itu jangqnlah membuat rencana jahat, kalau kamu telah merasa dalam dadamu ada Iman.Kerana rencana jahat tidak akan berhasil, kecuali pertama sekali membuat keruntuhan Iman pada si pembuat rencana sendiri.
Maka yang berlaku pada orang yang dulu-dulu itu ialah kegagalan,kehancuran dan siksaan Tuhan yang tidak berkuputusan.Kekalahan terus menerus.dalam sejarah Islam pun telah kita lihat.Seketika peperangan al-Ahzab telah bersekongkol orang Quraisy dan Ghathafan ditambah dengan Yahudi Bani Quraizhah hendak mengempur Madinah dan membunuh Islam dalam seranganya,merekalah yang kalah total.Harap-harap orang-orang Pas janganlah tergolong dalam cerita ini.Cerita diatas telah terdapat tiga golongan bagi menjatuhkan Islam.Dan onak di Malaysia ini pun dah ada tiga golongan juga ciri-cirinya tak lari jauh.marilah kembali duduk bermuzakarah bagi mendapatkan kekuatan untuk menegakan undang-undang Islam ini.Serahkan pada pakar untuk berbincang.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP