DONG ZONG BERNIAT JAHAT MENJATUHKAN PM DENGAN PERMINTAAN MERAPU

>> 19 September 2012


Dong Zong sekali lagi cuba membakar api perkauman dengan cuba menjadi perkakas kempen pembangkang dengan menganjurkan petisyen untuk memenuhi kehendak mereka yang dilihat merapu dan pastinya sukar dipenuhi kerajaan.

Permintaan ini dilihat hanya sebagai alat untuk menjatuhkan PM yang didalangi pembangkang. Sebelum ini seperti yang diketahui Dong Zong sememangnya rapat dengan parti politik aliran perkauman yang memperjuangkan hak satu kaum sahaja.

Terbaru Dong Zong meminta agar PM sendiri menyelesaikan 15 isu sekolah cina dan 49 permintaan merapu dari mereka. Antara permintaan merapu mereka ialah agar sekolah tinggi cina berstatus swasta diberikan bantuan penuh kerajaan dan meminta agar guru berpendidikan bahasa cina sahaja dibenarkan mengajar di sekolah cina.

Perkara ini dilihat sebagai satu perkara yang agak biadap yang dilakukan Dong Zong. Seharusnya permintaan mereka ini disampaikan kepada Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Datuk Dr. Wee Ka Siong atau Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya mereka lebih gemar memberi gesaan ke atas PM. Ini dilihat lebih bermotif politik untuk kepentingan parti tertentu yang sememangnya gemar membakar api perkauman masyarakat cina.

Tambah biadap apabila Dong Zong sama sekali enggan berbincang dengan wakil kerajaan atas permintaan mereka. Dalam tempoh dua tahun ini, sudah 4 atau 5 perhimpunan dijalankan Dong Zong berkaitan masalah sekolah cina. Setiap kali perhimunan juga mereka hanya pernah menjemput wakil kerajaan sebanyak sekali sahaja.

Wakil kerajaan iaitu Datuk Dr Wee Ka Siong telah ditumbuk pada perhimpunan tersebut. Yang selainnya tiada satu pun wakil kerajaan dijemput dalam mana-mana perhimpunan. Ini menunjukkan bukti jelas bahawa Dong Zong sendiri tidak mahu duduk semeja dengan kerajaan membincangkan isu sekolah cina. Sebaliknya mereka lebih gemar berkempen seolah-olah lagak parti politik menggunakan demonstrasi sebagai platform dalam usaha mengumpul pengaruh.

Kerajaan sudah banyak kali membuka meja rundingan dengan Dong Zong. Tetapi kebanyakan ditolak oleh mereka sendiri. Kemudiannnya mereka menggunakan pelbagai alasan untuk menjatuhkan kerajaan seperti kerajaan tidak mahu melayan kehendak masyarakat cina dan sekolah cina dianaktirikan kerajaaan sedangkan mereka sendiri yang menutup pintu rundingan.

Dalam pada itu Dong Zong terlupa bahawa pendidikan cina semakin tidak relevan dengan perkembangan semasa. Ianya hanya memberikan lebih banyak jurang kaum di Malaysia. Kerana itu negara seperti Singapura bahkan China sendiri telah menamatkan pendidikan aliran cina di sekolah-sekolah aliran kebangsaan.

Malah seperti yang diketahui, sukatan pelajaran pendidikan cina seperti sastera cina dan bahasa mandarin turut ditawarkan di sekolah kebangsaan. Tetapi persatuan cina rasis ini menolak dari menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana kebanyakan mereka berpendapat sekolah kebangsaan mencerminkan Melayu, sekolah cina mencerminkan cina.

Sikap inilah yang sememangnya ditanam di dalam diri masyarakat cina sejak kecil. Masyarakat Melayu sudah lama beralah dengan melupuskan banyak sekolah aliran Melayu dan juga pondok-pondok pendidikan dan menyokong sistem aliran kebangsaan demi mengurangkan jurang antara kaum. Tetapi masyarakat cina dilihat lebih gemar menjarakkan diri dengan agenda perkauman mereka melalui sekolah jenis kebangsaan dan dilihat langsung tidak mahu beralah walau seinci pun.

Dan dapat dilihat hasil atau output sekolah jenis kebangsaan cina hari ini. Kebanyakan mereka tidak fasih berbahasa kebangsaan dan memerlukan penterjemah untuk berbicara walaupun seumur hidup mereka hidup di Malaysia. Amat memalukan!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP