PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT MENYOKONG KEZALIMAN

>> 14 September 2012


Idris Ahmad menyelar tindakan kerajaan pusat yang membelakangkan kerajaan negeri berhubung Projek Langat 2. Pembinaan Langat 2 akan dimulakan secepat mungkin tetapi tidak mendapat mandat kerajaan negeri.

MB Selangor mengatakan bahawa projek tersebut sama sekali satu pembaziran kerana ianya memerlukan kos sebanyak RM 12 billion. Berbanding dengan usul kerajaan negeri yang mengemukakan projek pembaik pulih yang hanya memerlukan RM 225 juta.

Dalam satu kenyataan media pada beberapa hari lepas, TPM telah mengeluarkan kenyataan akan tetap menjalankan Projek Langat 2 tanpa mengira pendapat kerajaan negeri. Perkara ini dilihat telah menaikkan kemarahan rejim Pakatan Rakyat Selangor.

Perbincangan

Usul mengenai pembaikpulih prasarana yang sedia sebanyak RM 225 juta oleh rejim Pakatan Rakyat dilihat amat tidak realistik. Ini kerana prasarana yang dibaikpulih hanya mampu menampung pengeluaran pada masa ini sahaja.

Pada masa hadapan pengguna air semakin ramai di Selangor. Persoalannya, mampukah prasarana ini menampung keadaan pengguna yang ramai pada masa hadapan?

Malah panel pengurusan air Selangor tidak sama sekali menyokong cadangan rejim Pakatan Rakyat. Ini hanya satu pembaziran kerana apabila pengguna bertambah, loji rawatan air baru terpaksa juga dibina.

Pemimpin Pakatan Rakyat pula melihat inisiatif kerajaan pusat membantu rakyat Selangor sebagai satu tindakan biadab kerana membelakangkan suara mereka dalam isu ini. Tetapi pada masa yang sama pemimpin Pakatan terlupa bahawa rakyat Selangor semakin hari semakin dihimpit masalah air.

Rejim kerajaan negeri juga dilihat lebih gemar menyalahkan lain. Jika dahulu Syabas yang dipersalahkan, kini kerajaan pusat.

Sebagai pemimpin dan kerajaan yang bertanggung jawab, adalah satu kezaliman jika membiarkan masalah air terus menghimpit rakyat. Sebaliknya kerajaan negeri dilihat gemar melengah-lengahkan sesuatu isu. Tambah dikesalkan apabila barisan kepimpinan kerajaan negeri dilihat lebih gemar berceramah di negeri-negeri lain berbanding menyelesaikan masalah di negeri sendiri.

Ini adalah satu kezaliman yang dilakukan kerajaan negeri kepada rakyat Selangor kerana membiarkan sahaja rakyat Selangor di dalam kesusahan. Jadi perlukah kerajaan pusat melayan kerenah kerajaan negeri yang sengaja membiarkan masalah ini berterusan?

Sedangkan projek yang akan dilaksanakan kerajaan pusat sama sekali tidak mempunyai kepentingan politik. Projek tersebut didakwa kerajaan negeri bahawa akan menguntungkan kroni sedangkan kerajaan pusat sudah banyak kali menyuruh kerajaan negeri mengeluarkan tender untuk projek tersebut. Tetapi kerajaan negeri sama sekali enggan melakukan perkara tersebut. Jadi adakah ini yang dinamakan kroni?

Dari hari ke hari kerajaan negeri dilihat lebih gemar mempolitikkan isu ini dari menyelesaikannya. Rejim Pakatan Rakyat dilihat lebih sanggup melihat rakyat Selangor dalam kesusahan demi kepentingan politik mereka.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP