KISAH KETUA PEMUDA YANG LUPA DARATAN

>> 11 September 2012


Ini adalah kisah seorang Ketua Pemuda Bahagian Seremban bernama Shahrul Ehsan yang lupa daratan. Shahrul Ehsan ini dikhabarkan kemaruk untuk menjadi calon sehinggakan dirinya menjadi bapa kepada segala masalah pemecah belah silaturrahim sesama insan dalam Pemuda Bahagian Seremban.

Shahrul Ehsan ini mempunyai pelbagai kisah kontroversi. Dari permulaan dirinya dalam politik profesional semasa pemilihan Ketua Pemuda sehinggalah kini.

Dahulu, Shahrul Ehsan ini dikhabarkan menabur duit di cawangan-cawangan untuk melonjakkan dirinya untuk dipilih menjadi Ketua Pemuda. Dengan kuasa duit, Shahrul Ehsan menang menewaskan lawannya yang dilihat kurang popular dan kurang berduit.Kisah ini amat diketahui segenap pelusuk perwakilan sehinggakan ianya bukan rahsia lagi. 

Semasa itu semua harapan diletakkan di bahu Shahrul Ehsan untuk menyatupadukan kembali Pemuda Bahagian yang dilihat lebih banyak lelap dan berpecah-belah. Tetapi sayangnya, Shahrul Ehsan lebih gemar mempromosi diri sendiri dari melakukan tanggungjawab yang sepatutnya.

Malah Shahrul Ehsan dilihat jarang sekali turun padang untuk melawat cawangan-cawangan. Paling menyedihkan apabila kebanyakan cawangan sendiri tidak mengetahui siapakah Ketua Pemuda Seremban dan bagaimanakah rupanya. Malah ada yang mendakwa kali terakhir melihat Shahrul Ehsan semasa dirinya belum dilantik menjadi Ketua Pemuda. Semasa itu Shahrul Ehsan sibuk menjengah dari satu cawangan ke satu cawangan menabur duit untuk berkempen jawatan Ketua Pemuda.

Sebaliknya, Shahrul Ehsan dilihat lebih banyak bersama MB. Dalam pada itu keadaan Pemuda Bahagian langsung tidak dijengah. Adakah ini sahaja kemampuan Shahrul Ehsan dalam menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda?

Kontroversi hangat ketika ini apabila Shahrul Ehsan mempengurusikan mesyurat Pemuda Bahagian yang tidak sah. Ini kerana surat jemputan mesyuarat tidak sama sekali menggunakan tandatangan Setiausaha Pemuda iaitu Abdul Halim Lokman. Sebaliknya ianya ditandatangani orang lain.

Semasa mesyuarat tersebut, Abdul Halim bangkit mempertikaikan mengapa surat mesyuarat tersebut tidak menggunakan tandatangannya. Semasa ucapan penagguhan, Shahrul Ehsan dengan penuh bongkak mengumumkan bahawa Abdul Halim dipecat dari jawatan Setiausaha Pemuda Bahagian.

Isu mesyuarat tidak sah ini sampai ke pendengaran Pemuda UMNO pusat. Pemuda UMNO pusat mengumumkan bahawa mesyuarat tersebut tidak sah dan perlu dilakukan sekali lagi. Persoalannya, mengapa Shahrul Ehsan memecat Abdul Halim?

Khabar mengatakan bahawa Abdul Hali adalah orang kuat yang bakal dipilih menjadi calon. Akibat perasaan dengki, maka usaha mencantas dilakukan demi menaikkan nama sendiri. Itulah yang dilakukan Shahrul Ehsan dalam usaha kemaruk menjadi calon.

Malah tidak cukup dengan itu, banyak juga Pemuda UMNO yang berjawatan dipecat Shahrul Ehsan. Abdul Halim bukanlah yang pertama dan bukanlah yang terakhir.

Shahrul Ehsan mungkin terlupa. Mungkin juga Shahrul Ehsan sudah lupa daratan. Semasa pemilihan dahulu, kumpulan Abdul Halim inilah yang bersungguh-sungguh menyokong Shahrul Ehsan. Inikah balasan yang diberikan kepada orang seperti Abdul Halim?

Ketika ini pula, Shahrul Ehsan yang kemaruk menjadi calon bukan main sibuk menjejak kaki kembali ke segenap pelusuk bahagian dan cawangan. Tidak cukup dengan itu, papan tanda sebesar-besarnya dengan memaparkan mukanya dipasang di Ampangan, Paroi dan Sikamat. Apakah maksudnya ini? Bukankah ini menandakan Shahrul Ehsan terlalu kemaruk menjadi calon?

Perbuatannya meletakkan papan tanda tersebut menyebabkan perasaan kurang senang kebanyakan Perwakilan Bahagian Seremban. Ini kerana perbuatan tersebut sama sekali melanggar authority ahli-ahli yang  berjawatan dan lebih lama. Malah Ketua Bahagian Seremban iaitu Datuk Ishak Ismail pun sama sekali tidak pernah melakukan perkara tersebut.

Mungkin ada yang mengatakan saya dengki kepada Shahrul Ehsan. Mungkin juga ada yang mengatakan saya perkakas kepada individu tertentu demi kepentingan individu tersebut untuk membuka kisah seperti ini. Jujurnya, saya menulis bukan atas sebab tersebut.

Saya menulis kerana orang seperti Shahrul Ehsan inilah yang sama sekali perlu ditolak dari menjadi calon. Orang seperti inilah yang membawa kepada masalah pecah-belah dalam perpaduan sesama ahli UMNO. Malah orang seperti inilah yang menjadi masalah kepada sumbat gol sendiri semasa PRU nanti.

Jadi saya ini bertanya. Wajarkah orang seperti ini diangkat menjadi calon? Malah dalam amanat Ketua Pemuda Wilayah Persekutaan juga dengan jelas menyatakan bahawa orang-orang seperti inilah yang perlu diketepikan dari menjawat apa-apa jawatan dalam UMNO.

17 comments:

Anonymous,  September 11, 2012 at 2:02 PM  

Di Kuala Terengganu pun ada kes macam ni jugak. Ketua Pemuda nampak sangat-sangat ingin menonjol diri. Pantang ada apa-apa, pasti banner ucapan daripada beliau akan naik terpampang di setiap persimpangan jalan. Hinggakan pelajar nak ambil peperiksaan UPSR pun beliau tumpang sekaki. Orang kat sini kata "Tokoh Macam Ayam Gila Mengeram". Adehhh! P Ramlee kata, 'Baik ada makna tuu!!!!

Anonymous,  September 11, 2012 at 4:53 PM  

Halim pun samo x buleh pakai. elok bagi kek mamak budak nilai tu.

Anonymous,  September 11, 2012 at 5:48 PM  

Ini baru Ketua Pemuda Bahagian belum lagi Ketua Bahagian, Ahli MKT, Timb Menteri etc. Bayangkan ......

Anonymous,  September 11, 2012 at 8:55 PM  

Elok bona la tu, taburlah fitnah byk2, nanti claim kek padang mashyar yo...

Unknown September 11, 2012 at 9:24 PM  

time dkt pru ramailah orang yang pandai pasal politik.. kot tanyo kek masyarakat ketuo pemudo somban lagi banyak jaso eh daripado orang yang banyak becakap... den setuju mamak nilai tu jadi ketuo pemudo bahgian...

Unknown September 11, 2012 at 9:33 PM  

time dkt pru ramailah orang yang pandai pasal politik.. kot tanyo kek masyarakat ketuo pemudo somban lagi banyak jaso eh daripado orang yang banyak becakap... den setuju mamak nilai tu jadi ketuo pemudo bahgian...

Anonymous,  September 11, 2012 at 9:41 PM  

janganlah sakit hati dan berperasangka buruk serta menabur fitnah... kerana tiada apa yang saudara penulis tahu pun semua info datang dari orang dan bukannya saudara pengarang dengar sendiri.. kalau pembawa berita itu mengada2kan cerita dan bukan apa sebenarnya terjadi maka akan mendapat dosa kering foc... megaibkan seseorang itu namanya mengumpat saudara sendiri.. yang tak betul itu namanya fitnah.. kedua mak bapak kita dah ajar jangan dilakukan apakah kita ini tak cukup akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk untuk agama bangsa dan negara kita... menulis blog bukan salah satu cara yang menyelesaikan masaalah... jika saudara betul2 ingin membantu anak bangsa.. berhadapanlah dan betulkanlah aindaikata ada kesilapan...

Anonymous,  September 11, 2012 at 9:42 PM  

janganlah sakit hati dan berperasangka buruk serta menabur fitnah... kerana tiada apa yang saudara penulis tahu pun semua info datang dari orang dan bukannya saudara pengarang dengar sendiri.. kalau pembawa berita itu mengada2kan cerita dan bukan apa sebenarnya terjadi maka akan mendapat dosa kering foc... megaibkan seseorang itu namanya mengumpat saudara sendiri.. yang tak betul itu namanya fitnah.. kedua mak bapak kita dah ajar jangan dilakukan apakah kita ini tak cukup akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk untuk agama bangsa dan negara kita... menulis blog bukan salah satu cara yang menyelesaikan masaalah... jika saudara betul2 ingin membantu anak bangsa.. berhadapanlah dan betulkanlah aindaikata ada kesilapan...

Anonymous,  September 11, 2012 at 9:49 PM  

dengarlah sini wahai saudara... menulis dalam blog ni takkan menyelesaikan masaalah... jika anda lapar, update dalam blog.. bgtau anda lapar.. adakah akan kenyang? tidak kan.. harus makan jugak baru kenyang... jadi apa yg saudara dapat dari menulis blog ni?? bangga?? puas hati?? hahaha... berfikirlah seperti orang dewasa wahai saudaraku... blog ni bukan politik yang sebenar... :)

Anonymous,  September 11, 2012 at 9:50 PM  

Apa pun kita buat jadilah yg ingin membuat kebaikan bukan menbur fitnah....

Anonymous,  September 11, 2012 at 9:52 PM  

Mamak nilai tu sape...

Tauke Ikan September 12, 2012 at 3:29 AM  

pembetulan,

Semasa mesyuarat tersebut, Abdul Halim bangkit mempertikaikan mengapa surat mesyuarat tersebut tidak menggunakan tandatangannya.

rakan-rakan Abdul Halim bangkit mempertikaikan.... (tercicir la pulak)

Anonymous,  September 12, 2012 at 11:02 AM  

Bro,

komen ni aku terbaca dan banyak betulnya ..jadik aku paste baliklah ...hehehe ..Kengkawan,

Balik Seremban nak berbuka puasa …taktaulah berapa kali aku nak accident ..pasal gambar ketuo pemudo seremban kat simpang jalan kat ampangan ni …ushhh …budak bangang haram jadah tu kat billboard kat jalan ..boleh bawak maut bagi pemandu jalanraya.
Kau bayangkan muko suwey Ihsan Tombong Kambing berkelulusan graduan form 5 tu je akan buek bakal calon pilihanraya ke !3 ni ilang undi. Jadi aku cadangkan, kalau nak ucap Selamat Hari Raya pun gunalah lambang UMNO kemegahan kita tu.
Ehsan nilah akan jadi punca pecah belah orang UMNO. Kau orang semua peganglah cakap aku ni. Barau bangsat ni memang perangai yahudi dari kecik dulu. Orang pandai sikit je dari dia, kompem dia pancung. Tak caya ..tanyalah YDP kelab melayu kau tu, ataupun kau orang tanyolah Kobau ( aku rate dio pun jauh lobih cerdik dari Kambing ni ). Tukar je MB nanti, taulah nasib dia. Punyalah banyak orang dendam ngan haram jadah ni. Bebudak tak sekolah yang impit dia ni ke hulu ke hilir …ni semua akan pergi tak berhalau. Budak Zool tak menureh CEO Pos Malaysia tu akan hamun dio balik nanti tu.

Jadi kau ni blogger yang banyak pengikut, aku harap sampai2kanlah kat budak2 pemudo seremban ni, mintak tolonglah bawak turun gambar budak bangang, muko takdo rezeki, munafik paling tegar, penyamun rezeki orang, suwey seumur hidup tu kalau tak nak hilang undi maso pilihanraya nanti.

Orang MB harap baco atau sampaikan kek boss kau tu ...sial budak ni kot lokek kek dio ...

Anonymous,  September 12, 2012 at 12:17 PM  

Ya ke halim babgkit....sedangkan beliau xhadir myrat.....kawan2 halim samsor seorg je mana yg lain..xda kawan selain samsor seorag je bangkit.....

Anonymous,  September 12, 2012 at 9:11 PM  

Hoi anak haram mak bapak Kau ni sial ke apa tak tau la dpt anak macam kau....hahahaha....best kan bila bantai org ni kau rasa apa...kau tu dari kecil memang sial tu pasal marah org lain maju Dan dikenali....rezki Tuhan yg bg... bukan nya manusia... mana ada rezki org bahlul mcm kau kena rampas sampai kebulur xmkn atau kau tak tau bersyukur dpt xckp2...budak halim bangang aku tau la... yg jahanamkan kelab melayu n kobau ni sape....nama cam tu mesti kena cucuk hidung...bai kau ni sial.bini kau pun dapat sial dari lelaki sial macam kau hahaha.....

Anonymous,  September 16, 2012 at 5:40 AM  

ala ok la tu papar gmbr dio ucap slamat ry rayo salah ko?dr ado ktua pemudo cwng yg boli pangkat tengku?opsss ary n umah tengkujuh ado open haus no plat keto dh tukar warno kuning yg tramat mulio puiii..kojo pun x buekk org sumo x suko

Anonymous,  September 17, 2012 at 10:42 AM  

hehe...paneh miang ni...mmglah miang botol kan....tulih arr bnyak bnyak....maklum arr lapar kan....kalau tk menulis miang satu badan ...hehe...baguih...baguih....

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP