KUMPULAN PELAMPAU INDIA MENCABAR KEDAULATAN NEGARA

>> 04 September 2012


Saya tersenyum membaca berita sekumpulan kecil orang India, menamakan diri mereka sebagai Pasukan Tindakan Kebangsaan Hak Orang India atau singkatannya Niat, yang mendesak kerajaan memenuhi tuntutan luar biasanya. Kumpulan ini diketuai seorang India Muslim yang kononnya bergelar Dato’ bersama bekas ketua Majlis Peguam, juga ketua penyokong LGBT. Antara desakan mereka supaya kerajaan supaya melantik Timbalan Perdana Menteri kalangan bangsa India selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13). Banyak lagi tuntutan lain yang tidak perlu disebutkan, seperti membuka sekolah berasrama penuh kepada semua kaum. Lebih lucu lagi mereka mendesak supaya bilangan menteri kabinet India ditambah kepada tiga dan empat timbalan menteri.

Lelucon, mereka juga mahukan timbalan menteri besar India, di beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Selain itu, kerajaan didesak menubuhkan Jabatan Pembangunan dan Kebajikan Kaum Minoriti.

Persoalan saya, siapa mereka ini yang diberikan publisiti meluas di laman web ultra kiasu? Perlukah kerajaan tunduk kepada nyamuk-nyamuk ini? Buruk sangatkah layanan kerajaan terhadap kaum minoriti? Pesan saya, janganlah bermimpi di siang hari. Kalau boleh, jangan tidurpun. 

Belajarlah dari sejarah. Jika mahu diwujudkan pun jawatan dua atau tiga Timbalan Perdana Menteri, orang yang lebih layak adalah wakil daripada Sabah dan Sarawak, bukannya orang India yang hanya mewakili 7 peratus, mahukan populasi Cina yang lebih besar, 25 peratus. Lagi pula, tidak ada satu penempatanpun (parlimen atau DUN) di negara ini, orang India menjadi majoriti.

Sistem pembahagian jawatan kabinet hari ini sudah cukup baik. Nasib minoriti sentiasa terbela. Malah mereka mendapat lebih dari apa yang sepatutnya. Suara-suara mereka sentiasa didengar kerajaan. Bandingkan sahaja dengan minoriti Islam di tempat atau negara lain. Hak dan suara orang Islam langsung tidak dipedulikan, malah dianiaya, diseksa dan dibunuh dengan kejam.

Kenapa tidak berlaku diskriminasi sedemikian rupa? Jawapannya, kerana Islam tidak membenarkan. Agama Islam anjurkan kita bertoleransi dengan orang lain, walaupun apa jua kedudukan mereka, kecuali kafir harbi. Ajaran Islam telah mengajar orang Melayu (Islam) supaya berlaku adil, yakni meletakkan sesuatu pada tempatnya atau memberi hak kepada yang berhak. Jika ditakdirkan orang Melayu tidak memeluk Islam 600 tahun lalu, apakah akan terjadi kepada kaum minoriti ini? Fikir-fikirkan.

Tinjau-tinjaulah sama nasib umat Islam yang menjadi minoriti di tempat lain seperti Rohingya, Selatan Thai, Selatan Filipina, atau di mana-mana sahaja umat Islam menjadi minoriti. Nasib mereka tidak tentu keruan antara hidup dan mati. Hidup diseksa, mati merana.

Pendek kata, apabila umat Islam diperintah, umat Islam menderita. Manakala, apabila umat Islam memerintah, bukan Islam dan minoriti hidup senang lenang. Hari ini mereka mahukan semua. Apa yang diperolehi oleh orang Islam dan bumiputera, mereka tidak boleh dikecualikan.

Siapakah yang perlu memberikan laluan dan mengorbankan haknya? Sudah tentu yang menjadi mangsa nanti adalah orang Islam. Nak harapkan ultra kiasu, mereka tidak akan mengalah walau seinci.

Sebab itulah sistem pentadbiran dan pengurusan politik di Malaysia nampak pelik. Mari kita lihat antara salah satu kepelikannya. Negara sekecil Malaysia mempunyai saiz kabinet begitu besar. Terdapat 33 menteri penuh, tidak berbaloi dengan saiz dan bilangannya. Negara-negara lain yang saiznya berganda-ganda lebih besar daripada Malaysia, tidak ada bilangan menteri kabinet yang begitu banyak. Ini tidak termasuk beberapa timbalan menteri dan beberapa jawatan khas yang diwujudkan, khusus untuk menjaga kaum tertentu.

Misalnya, Amerika Syarikat, saiz menteri kabinetnya antara 15-23 orang, Australia 21, Japan 19, Britain, 23, Turkey 26, Arab Saudi 23, Thailand 26 dan Singapura 17. Ringkasnya, amat jarang negara yang mempunyai menteri kabinet melebihi 30 orang, hatta negara yang bersaiz begitu besar sekalipun.

Persoalannya, kenapa Malaysia sebagai antara negara-negara kecil di dunia, begitu ramai menteri kabinetnya? Jawapanya tidak lain, meraikan kaum minoriti. Hak minoriti perlu dijaga kerana ia adalah tuntutan Islam. Pemerintah yang mengamalkan diskriminasi dan penyelewengan, akan dicampakkan ke dalam neraka. Atas dasar inilah kita lihat seolah-olah sistem politik kita agak kelakar, tetapi unik dalam soal menjaga integrasi nasional dan perpaduan.

Lebih bernasib baik lagi, berbanding dengan orang Cina, tidak ada satu kawasan di negara ini yang majoritinya adalah orang India. Orang India tetap diberikan laluan untuk bertanding dalam pilihan raya. Bukti menunjukkan, kemenangan calon India adalah undi ihsan orang Melayu. Ini tidak termasuk perlantikan jawatan senator terhadap mereka yang kalah dan wakil kaumnya. Kenapa dan mengapa, wakil India masih dibenarkan bertanding dalam pilihan raya? Tidakkah lebih baik wakil India dilantik sahaja sebagai senator? Kenapa mesti mempertaruhkan kerusi India kawasan orang Melayu, sehingga akhirnya kerusi tersebut terlepas kepada pembangkang?

Bandingkan dengan Singapura yang mana bilangan Melayu lebih ramai daripada orang India. Sejauhmanakah kepercayaan diberikan kepada orang Melayu dalam kabinet dan jawatan penting kerajaan? Begitu juga minoriti Islam di India, China dan lain-lain.

Nasihat kepada kumpulan Niat yang tidak berniat dengan betul, kalau sudah tidak ada kerja, duduk rumah diam-diam, jangan buat kacau. Malukan minoriti lain sahaja dengan kenyataan lucu tersebut. Cerminlah diri. Ikutlah kepimpinan Mahatma Gandhi, apabila ditanya selaku pemimpin besar dan ulung, yang sepatutnya mendapat layanan kelas pertama, apabila ditanya: “kenapa tidak menaiki keretapi kelas pertama”. Jawab beliau “kerana tidak ada kelas keempat”.

Tidakkah kita sedar apabila saiz kabinet semakin besar, maka, selain daripada pertambahan tenaga kerja, prasarana lain dan bangunan turut bertambah. Pertambahan ini melibatkan perbelanjaan yang begitu besar. Maka tidak hairanlah perbelanjaan begitu tinggi. Sedangkan tugasnya kadangkala bertindan lapis.


1 comments:

Anonymous,  September 4, 2012 at 10:03 PM  

Jika kepimpinan tertinggi Melayu sangat lembik,asyik syok sendiri dan asyik tunduk kpd tekanan maka jgnlah disalahkan mereka yg senantiasa menunggu peluang dan kesempatan.
Jika pemimpin mengamalkan ketegasan yg pasti sekurangnya separuh dpd masaalah negara hari ini bolih diselesaikan.
Sungguh malang nasib Melayu yg punya pemimpin tetapi tiada kepimpinan.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP