KARPAL GAGAL HERET TUN MAHATHIR KE MAHKAMAH

>> 03 September 2012



KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh memfail notis rayuan di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi di sini, Isnin terhadap penolakan permohonannya supaya sepina dikeluarkan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad; bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman; dan peguam negara sekarang Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam permohonannya supaya tuduhan hasutan dibatalkan.

Karpal Singh, juga memfailkan satu lagi notis rayuan terhadap hakim Datuk Azman Abdullah yang telah menolak notis usul supaya mengetepikan tuduhan hasutan terhadap beliau atas alasan pejabat Peguam Negara bersikap berat sebelah dalam "melaksana budi bicara pendakwaan".

Dengan keputusan Mahkamah Tinggi Khamis lepas menolak permohonan bagi sepina itu, Karpal Singh akan berada di kandang saksi pada 2 November untuk menghadapi tuduhan melafazkan kata-kata menghasut terhadap Sultan Perak di pejabat peguamnya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, antara 12.00 dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari, 2009.

Karpal Singh, 72, didakwa telah menyebut bahawa tindakan Sultan memecat Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak dan melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke jawatan itu boleh dipersoal di mahkamah undang-undang.

Pada 11 Jun, 2010, Karpal Singh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada akhir kes pendakwaan, tetapi beliau kemudian diminta membela diri selepas pihak pendakwa merayu terhadap keputusan itu. -BERNAMA

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP