LIM KIT SIANG MENIPU MENGENAI ISU HINA BENDERA?

>> 02 September 2012


Lim Kit Siang menegaskan bahawa menukar bendera bukanlah satu dari agenda Pakatan Rakyat. Malah dikatakan Pakatan Rakyat mengutuk tindakan yang dilakukan pendemo pada malam ambang Merdeka tempoh hari.

Perkara sebenarnya menukar bendera sememangnya termaktub dalam agenda Pakatan Rakyat.

Seperti diketahui peserta demo Janji Bersih tempoh hari sendiri terdiri dari ahli dan penjilat tegar Pakatan Rakyat. Jadi, bukankah tindakan mereka menaikkan bendera haramjadah itu sebagai satu tindakan dari Pakatan Rakyat sendiri?


Malah seorang pemimpin DAP sendiri pernah menyatakan hasrat untuk menukar Jalur Gemilang dalam Twitter.


Seorang pemimpin PKR juga pernah menayangkan bendera haramjadah itu di blognya sebelum ini. Tetapi baru-baru ini dilihat di blo pemimpin tersebut gambar bendera itu telah dibuang. Tidak perlulah dinyatakan siapa pemimpin tersebut dan gambar blognya menayangkan bendera tersebut melainkan ada keperluan. 

Jadi masih tidak cukupkah bukti bahawa sememangnya agenda Pakatan adalah untuk menukar Jalur Gemilang? Apa yang boleh dijelaskan Lim Kit Siang dengan semua bukti dan pernyataan ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP