PUSAT KHIDMAT GERAKAN PULAU TIKUS DIBALING TELUR, DISIMBAH AIR KOPI

>> 17 September 2012


GEORGE TOWN 17 Sept. - Pintu hadapan Pusat Khidmat Parti Gerakan Pulau Tikus di sini, dibaling beberapa biji telur dan disimbah air kopi awal pagi ini.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan ketika dihubungi berkata, perbuatan seumpama itu menjadi trend popular kebelakangan ini sama ada berlaku pada parti komponen Barisan Nasional (BN) atau parti lawan.

“Jelas sekali ia serangan bermotifkan politik dan kejadian sebegini boleh mewujudkan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat," katanya.

Difahamkan tiada laporan polis dibuat dan Teng berpendapat ia hanya isu kecil dan menggesa pemimpin parti politik berusaha mengawal penyokong mereka daripada bertindak di luar batasan.

“Kita semua harus mengutuk keganasan politik kerana ia tidak langsung mencerminkan budaya Malaysia dan perbuatan seumpama itu harus dihentikan segera," katanya. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP