DULU MATA LEBAM, SEKARANG CAT MERAH

>> 15 September 2012


Bas Anwar disimbah cat untuk kali ketiga. Ini berita yang sebenarnya langsung tidak mengejutkan. Berita ini bolehlah dikatakan sudah diramal oleh ramai pemerhati politik.

Taktik simpati yang digunapakai Anwar semakin mengarut. Jika dahulu taktik mata lebam diguna sebagai bahan kempen, kini bas disimbah cat pula. Tetapi saya percaya rakyat semakin cerdik dalam menilai taktik jahat Anwar dalam isu ini.

Persoalan semakin timbul kerana setiap kali kejadian ini berlaku pastinya suspek tidak dapat dikesan dengan baik. Tambah menghairankan apabila sudah banyak kali bas ini disimbah cat, adakah keselamatan bas ini langsung tidak dipertingkatkan?

Tambahan pula siapa lagi yang tahu waktu bila bas ini tidak dikawal melainkan puak-puak mereka sendiri. Logikkah sekiranya perkara ini sudah berlaku tiga kali tetapi masih tiada kawalan keselamatan dipertingkatkan?

Tambahan pula bas ini adalah satu aset kepada kempen PKR. Jadi jika difikirkan kembali, pastinya Anwar tidak akan ambil mudah dalam menjaga keselamatan bas tersebut kerana pelaburan untuk bas ini mencecah ratusan ribu ringgit.

Sekiranya anda membeli sebuah kereta Ferrari, sanggupkah anda meletakkan kereta anda di kawasan letak kereta yang ada risiko untuk dicuri? Adakah anda sanggup untuk mengamanahkan kereta tersebut untuk dijaga oleh seorang yang tidak boleh dipercayai?

Lagi satu, sekiranya benar-benar seseorang itu ingin menjahamkan bas Anwar, mengapa perlu pakai cara yang paling bodoh dengan membaling cat merah? Sekiranya seseorang itu benar-benar ingin melumpuhkan pergerakan bas tersebut, pastinya kerosakan lebih besar akan dilakukan seperti memancitkan tayar bas atau membakar sahaja bas tersebut. Bukankah lebih efektif dengan cara itu?

Anwar pastinya akan menjaja cat merah itu ke serata ceramah untuk meraih simpati. Dan itulah yang berlaku dalam siri ceramah menggunakan bas tersebut. Walhal kos pembaikan tidaklah semahal mana tetapi jika dibaikpulih tak bolehlah Anwar kelentong rakyat dengan modal bas kena simbah cat merah.

Jadi teka-teki semakin jelas. Taktik basi ini hanya digunapakai Anwar untuk meraih simpati rakyat. Malah pelakunya sudah boleh diagak. Ada baiknya Anwar menghentikan taktik ini sebelum ditangkap kerana setelah ditangkap pastinya Anwar sendiri yang malu besar.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP