SELEPAS ISU LYNAS TAK LAKU, PEMBANGKANG PUTAR ISU BUKIT KOMAN

>> 01 September 2012


ALOR SETAR 1 Sept. - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan isu penggunaan bahan kimia sianida di lombong emas di Bukit Koman, Raub, Pahang yang didakwa sebagai punca penyakit kulit kepada penduduk hanya merupakan propaganda pembangkang.

Beliau berkata, perkara itu mempunyai kaitan dengan pihak tertentu yang gagal mendapatkan projek tersebut dan parti pembangkang iaitu DAP turut mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan.

Namun, katanya Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw (yang juga doktor penyakit kulit) turut mengakui bahawa tidak terdapat bukti kukuh penduduk Bukit Koman dijangkiti penyakit kulit akibat pencemaran bahan kimia tersebut.

"Ini satu propaganda yang direka oleh parti DAP sahaja. Kementerian Kesihatan Malaysia yang melakukan kajian di Bukit Koman telah mengesahkan tiada sebarang punca penyakit kulit ditemui.

"Kerajaan negeri menjalankan kajian mengenai perakara tersebut dari semasa ke semasa bagi memantau tahap kesihatan di kawasan perlombongan emas itu," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dekat sini hari ini. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP