KHALID PUSING SANA SINI MAHU HIDUP

>> 06 September 2012


Khalid Gagap mencuba talian nyawa mengenai isu Sambutan Ambang Kemerdekaan Negeri Selangor. Dalam satu penjelasan, Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa Anwar yang dijemput untuk majlis tersebut bukanlah sebagai tetamu tehormat sebaliknya hanya sekadar tetamu jemputan.

Mungkin bagi Khalid jawapan ini menjelaskan segala-galanya. Tetapi apabila bercakap mengenai tetamu jemputan, jadi taraf Anwar pada majlis tersebut sebaris sahaja dengan rakyat-rakyat lain yang dijemput hadir. Tetapi yang meragukan, adakah seseorang tetamu jemputan boleh dijemput untuk berceramah dalam satu slot utama majlis di majlis formal seperti ini? Bukankah ianya sama sekali melanggar protokol majlis?

Dan sedang Khalid Gagap pusing sana sini memutarbelit mengenai Anwar, isu pokok masih tidak dijawab. Isu utamanya mengapa Sultan Selangor tidak dijemput untuk majlis ini? Sampai bila agaknya Khalid Gagap mahu lari dari persoalan utama ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP