APA HUBUNGAN SUARAM DENGAN DAP?

>> 12 September 2012


SUARAM atau Suara Rakyat Malaysia adalah sebuah pertubuhan anti kerajaan Malaysia. Ia hanya anti kepada kerajaan yang diperintah oleh parti Barisan Nasional (BN) naungan UMNO.

Misinya hanya akan tercapai (accomplished) sekiranya kerajaan Malaysia sekarang jatuh ke tangan pakatan pembangkang naungan DAP, yang bonekanya terdiri daripada pak lebai Pas dan PKR.

Sudah lama Suaram ini bergerak. Sering membuat kacau, seolah-olah ia adalah badan hak asasi manusia. Tapi umum mengetahui, ia lebih bermotifkan politik haluan DAP.

Itu semua orang tahu. Orang media semua sedar perkara itu. Kami juga tahu lama dulu, sejak zaman Reformasi dulu yang mereka ini bergerak atas dana asing. Dana-dana asing ini yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu juga bermotifkan politik. Mereka mahu menukar rejim kerajaan Malaysia sekarang.

Pertukaran pemerintah itu dikenali sebagai Regime Change. Gelombang perubahan ini telah tercetus semasa krisis ekonomi dan bersekali krisis politik sekitar 1989 dan 1999. Ketika itu ekonomi dunia merudum. Ketika itu juga berlaku krisis politik di Malaysia, yang memperlihatkan Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Agenda besar (grand design) krisis politik ini sebenarnya cukup hebat. Semuanya sudah dirancang. Ikut perancangannya, Anwar sepatutnya menjadi PM Malaysia Ke-5, bukan Pak Lah. Pihak asing juga telah meletak harapan yang tinggi untuk melihat anak yang dibela itu menjadi PM.

Tapi Dr. Mahathir Mohamad bijak. Mungkin juga dia mendapat ‘ilham’ dari langit supaya memecat Anwar. Jika tidak dilakukan maka kuasa itu akan berjayalah menguasai tanah Melayu ini.

Dalam rantau ini, hanya Malaysia yang belum dapat dikuasai secara total. Myanmar, sebuah negara kuku besi dan berdindingkan waja itu pun, menjadi negara terakhir yang berjaya dirongkainya.

Singapura memanglah terlalu sekutu. Thailand walaupun tidak seteruk Singapura juga sekutu kuat. Filipina jangan cakaplah.

Indonesia sudah berjaya ‘ditakluki’ ekoran kejatuhan Suharto dulu. Suharto dijatuhkan kerana dipaksa menerima pinjaman IMF untuk menyelamatkan ekonomi negara itu. Harga minyak tiba-tiba naik melambung sehingga rakyat memberontak.

Anwar cuba cadangkan Malaysia juga ambil pinjaman IMF, tapi Dr. Mahathir tolak. Ketika Pak Harto dijatuhkan, Dr. Mahathir selamatkan Malaysia.

Vietnam, Laos, Kemboja dan lain-lain tidak begitu strategik bagi kuasa asing itu.

Perlu diingat Malaysia pernah menjadi anak harimau kuasa ekonomi Asia dan negara ini dianugerahkan Allah Taala dengan kemakmuran semula jadi. Ia juga dikelilingi dengan kawasan maritim yang strategik.

Selagi kerajaan BN, dinaungi UMNO ini belum dapat dijatuhkan, maka selagi itulah kuasa asing dan sekutu kuatnya tidak berpuas hati.

DAP jika berjaya menguasai negara ini kelak, berjanji akan melaksanakan dasar sama-rata seperti mana yang diamalkan oleh Republik Singapura. Tapi sayang di republik itu seorang Melayu pun tidak berada di posisi terpenting dan strategik, misalnya pertahanan dan lain-lain. Difahamkan waima juruterbang pun payah mahu dilantik. Mungkin juga orang Melayu Singapura memang tidak layak dari segi meritokrasi?

Dasar sama-rata atau Malaysia Malaysian itu ialah matlamat paling tinggi yang telah diletakkan DAP. Mereka sedang menunggu detik-detiknya sahaja. Buku Jingga, yang dicanang oleh Anwar itu hanyalah kacang putih. DAP, sebenarnya tak peduli pun buku itu.

Suaram atau Suara Rakyat, yang hanya mewakili suara jahat rakyat, telah ditempatkan secara strategik untuk menggerakkan strategi-strategi itu.

Namun, kita ucapkan tahniah kepada Datuk Ismail Sabri Yaakob, walaupun sedikit terlewat, namun, pendedahan demi pendedahan beliau mengenai tindak-tanduk Suaram sekurang-kurang melegakan keseluruhan rakyat. Rakyat sudah bosan dengan tindak-tanduk Suaram dan NGO-NGO tajaan kuasa asing itu.

Tindak-tanduk subversif mereka cukup berbahaya. Sepatutnya pihak berkuasa sudah membanteras mereka awal-awal lagi. Tapi ia tidak berlaku.

Kita tertanya-tanya apakah Kerajaan Singapura akan membenarkan pergerakan yang serupa seperti Suaram ini bergerak di negaranya? Jawapannya kita sudah boleh agak.

Kerajaan Malaysia selama ini terlalu berlembut. Portal-portal berita yang ditaja melalui dana-dana asing juga dibenarkan beroperasi, walaupun kesemua analisisnya mengutuk atau berpaksikan pembangkang dan anti pemerintah. Ia masih dibenarkan beroperasi, malah portal-portal itu kadang-kala dianggap seperti media arus perdana pula.

Itulah dasar toleransi kita, yang sedikit demi sedikit amalan baik itu memakan diri sendiri.

Marilah kita mendesak kerajaan bertindak segera. Selepas pilihan raya ini, jika kerajaan Putrajaya masih memerintah, laksanakan segera pembasmian dan pembersihan mutlak (a total crackdown) terhadap NGO-NGO parasit seperti ini.

Dakwalah penggerak-penggeraknya ke mahkamah di bawah hukuman paling keras kerana mereka telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tindak-tanduk mereka menerima dana asing daripada pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan kerajaan semasa merupakan satu penderhakaan.

Haramkan mereka seperti mana kita pernah mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM) dulu. Jika mereka masih bergerak, kita buru mereka sehingga ke lubang cacing.

Jika kita gagal bertindak kali ini, kitalah yang akan ke lubang kubur!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP