LIM GUAN ENG MUNGKIN TEWAS DI PARLIMEN BAGAN

>> 09 September 2012



BUTTERWORTH - Umno Bahagian Bagan yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bagan dan kerusi Parlimen kawasan itu berikutan sokongan penduduk di situ terhadap parti BN semakin meningkat.

Ketua Bahagiannya Datuk Abdul Latif Mirasa berkata sokongan itu dapat dilihat menerusi penganjuran majlis-majlis anjuran BN yang mula mendapat perhatian penduduk kawasan Bagan terutamanya masyarakat Cina.

"Paling ketara apabila Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengadakan lawatan di kawasan Bagan baru-baru ini yang mana ramai sekali penduduk di sini terutama masyarakat Cina hadir menyambutnya dan memberikan sokongan.

"Selain itu, setiap majlis yang BN anjurkan mula mendapat reaksi positif dari masyarakat perlbagai kaum di sini, saya percaya kita mampu menang empat kerusi (termasuk kerusi Parlimen) di sini (Bagan)," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Bagan, di sini malam tadi.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia.

Abdul Latif berkata walaupun Umno tidak bertanding di Parlimen Bagan, pihaknya akan membantu parti komponen BN yang bertanding di kawasan berkenaan merampas kerusi yang diwakili pembangkang di situ pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Kita akan membantu sedaya upaya agar calon BN di sini (Bagan) menang dan saya percaya perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana orang ramai kini mula sedar politik pembangkang hanyalah untuk kepentingan pemimpin mereka dan bukan membantu rakyat," katanya.

Parlimen Bagan diwakili Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng manakala tiga kerusi DUN iaitu Bagan Jermal, Bagan Dalam dan Sungai Puyu dimenangi wakil DAP.

Sementara itu, Abdul Azeez mengingatkan Anggota Umno supaya mengukuhkan hubungan, bertindak dalam satu barisan dan tidak mensabotaj parti dan calon dalam PRU13 nanti.

"Tindakan drastik memecat keanggotaan mereka akan dilaksanakan jika parti mendapati ada anggota kita yang cuba mensabotaj parti, tindakan ini perlu dilakukan kerana keadaan sekarang amat memerlukan sokongan ahli yang setia, tidak menikam rakan dari belakang dan tidak sabotaj parti dan calon terpilih," katanya. - Bernama 

1 comments:

Anonymous,  September 9, 2012 at 9:29 PM  

Penang Chinese should represent the Chinese of Penang.

We shall vote Lim Guan Eng out if he doesn`t go back to Malacca.

He should be near his wife Betty and look after the family.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP