HUSAM MUSA RANCANG SATU LAGI PENIPUAN UNTUK RAKYAT KELANTAN

>> 13 September 2012


Belum pun reda dengan janji-janji lama yang gagal ditunaikan, exco kerajaan negeri Kelantan iaitu Husam Musa bercadang untuk melakukan satu lagi projek di Kelantan. Husam mendakwa projek itu untuk kebaikan rakyat Kelantan sendiri. Projek tersebut ialah projek keretapi laju.

Apa yang menghairankan, kata-kata mengenai projek keretapi laju ini datangnya dari exco yang sememangnya terbukti segala janji-janjinya memang tak boleh pakai. Lihat sahaja projek yang diselia sendiri oleh exco ini seperti Projek Ladang Rakyat dan Projek Kambing Jamnapari. Sehingga ke hari tiada satu pun lagi khabar berita yang dengar kerana semuanya gagal.

Tetapi berita yang kita dengar dari exco ini yang dikatakan oleh rakyat negeri Kelantan sendiri pastinya tentang tanah rakyat dirampas, duit projek lesap entah ke mana dan balak disapu di tanah-tanah rizab orang asli.

Tambahan pula projek lebuhraya rakyat yang diumumkan kerajaan Kelantan beberapa bulan lepas juga sudah menampakkan tanda-tanda kegagalan. Sehingga ke hari ini dana pembinaan masih tidak mencapai separuh dari jumlah keseluruhan dana. Jadi, persoalan yang mula timbul, mana janji Husam Musa yang mendakwa projek tersebut akan siap sebelum PRU 13?

Sampai bila rakyat Kelantan mahu terus diperbodoh-bodohkan dengan kata-kata dan janji manis PAS yang tidak pernah dilaksanakan?

1 comments:

Anonymous,  September 15, 2012 at 3:53 AM  

Kah kah kah kereta api 15o kmj, enjin diesel. Bebal nak mampus. Tak sampai kuala terenganu lagi penumpang dah pengsan sebab bau diesel. Bendul betul masam nih. Ayo yoyo stadium pown x bina lagi, air pown x setel, ha tuh lebuh raya bile lagi tuh. Bukan ape kesian buat ceramah jr ade tabung. Sian nyer

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP