PAS KELANTAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

>> 12 September 2012



PAS Kelantan mencanang ke seluruh negara mengenai keupayaan mereka membina Lebuhraya Rakyat dengan inisiatif mereka sendiri tanpa bantuan kerajaan pusat. PAS Kelantan turut menyindir kerajaan pusat yang memandang rendah keupayaan PAS melakukan projek tersebut.

Projek Lebuhraya Rakyat dilihat sebagai satu lagi janji PAS yang pasti tidak akan tertunai. Ketika PAS Kelantan sedang seronok menjaja isu tersebut di pentas ceramah politik, mereka terlupa kepada banyak perkara yang akan menjadikan projek tersebut sebaris dengan trofi-trofi kegagalan janji PAS Kelantan yang lain.

Husam Musa serta beberapa pemimpin PAS pernah menyatakan bahawa projek tersebut akan disiapkan sebelum PRU 13. Ketika ini kita hanya tinggal beberapa detik sahaja ke tarikh tersebut. Tetapi keadaan projek masih dalam fasa persiapan.

Ini amat menghairankan sekiranya projek tersebut mampu disiapkan dalam masa tempoh 6 bulan. Ini juga bolehlah disifatkan sesuatu yang mustahil. Jadi pastinya kata-kata pemimpin PAS mengenai projek tersebut yang akan siap sebelum PRU 13 hanyalah sekadar kata-kata manis sahaja.

Perjalanan projek juga amat perlahan. Di waktu ini juga usaha mengumpul dana masih dilakukan. Jadi dari sini dapat dilihat bagaimana keadaan huru-hara projek tersebut. Pepatah Inggeris menyifatkan bahawa if you are fail in planning, you are planning to fail. Pepatah tersebut dilihat amat selari dengan keadaan projek Lebuhraya Rakyat di waktu ini.

Jadi tiada gunanya pemimpin PAS Kelantan berkokok kepada sesuatu yang belum pasti. Seharusnya mereka berkata-kata dengan berpijak di bumi nyata, bukannya mengikut nafsu politik mereka.

1 comments:

Anonymous,  September 12, 2012 at 6:56 PM  

mcm kartun lah puak2 Pas ni buat perancangan...

kutipan derma dari rakyat tu dah cukup ke belum..??
kasian sepatutnya kerajaan yg bantu rakyat tapi rakyat plak yg susah payah kena bantu kerajaan... silap2 duit derma buat jalan tu ghaib entah kemana mcm duit derma ceramah yg dikutip selama ini.. yg kaya penceramah, hidup mewah

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP