KHALID GAGAP MEMBERI PENGHORMATAN ATAU PENGHINAAN KEPADA PENJAWAT AWAM SELANGOR?

>> 05 September 2012


Majlis-majlis rasmi yang diselia barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor sering mengundang kontroversi dan kemarahan orang ramai. Ini kerana Kerajaan Negeri dilihat gagal sama sekali untuk menilai pentas ceramah politik atau urusan rasmi kerajaan.

Seringkali dilihat keadaan ini dicampuadukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menyebarkan dakyah-dakyah politik sempit. Perkara ini bolehlah sebagai penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Negeri dan  barisan kepimpinan Khalid Gagap.

Jika masih diingati, Sambutan Hari Pekerja peringkat negeri Selangor dilihat amat kontroversi. Ini kerana majlis yang sepatutnya diadakan untuk memberi penghargaan kepada penjawat awam bertukar menjadi pentas ceramah politik. Malah ianya turut diselangi dengan kata-kata yang tidak baik dan kutuk mengutuk.

Difahamkan, kebanyakan penjawat awam dikerahkan untuk hadir ke majlis tersebut. Paling dikesali apabila kebanyakan penceramah bukanlah ada sebarang kaitan dengan Negeri Selangor. Malah Anwar Ibrahim dan Mat Sabu yang langsung tiada jasa kepada Negeri Selangor juga dijemput untuk memberi ceramah politik. Layakkah mereka ini berceramah dalam majlis seperti ini?

Tidak cukup dengan itu, majlis ini difahamkan dibiayai Kerajaan Negeri. Tetapi mengapa pula majlis rasmi seperti ini diperkudakan menjadi ceramah politik? Bukankah ini sudah menjadi penghinaan kepada penjawat awam?

Yang terkini, perkara yang sama turut berlaku semasa Sambutan Ambang Merdeka di Negeri Selangor. Kali ini tiada muka Mat Sabu dijemput sebaliknya pakar punahsihat Kerajaan Negeri Selangor iaitu Anwar Ibrahim dijemput. Tetapi paling dikesali Sultan Selangor tidak dijemput sama sekali.

Aturcara majlis juga tidak banyak berbeza dengan Sambutan Hari Pekerja yang lalu. Ceramah politik masih diselitkan dalam aturcara. Penjawat awam juga dikerah hadir dan rakyat Selangor juga tidak ketinggalan dijemput untuk menyaksikan para penipu berceramah.

Jika dikaji sedalam-dalamnya, apakah ini bentuk penghargaan yang mampu diberikan Kerajaan Negeri Selangor kepada penjawat awam? Bukankah amat biadab untuk mengerah mereka hadir ke majlis atas nama Urusan Kerajaan Negeri tetapi mereka dipaksa mendengar ceramah-ceramah politik kelas murahan?

Seharunya penjawat awam Negeri Selangor harus menyerahkan memorendum terbuka untuk menghentikan polisi Kerajaan Negeri Selangor yang pasti tidak dapat membezakan antara majlis rasmi dan ceramah politik.  Amat dikesalkan kejadian seperti ini juga dilaporkan berlaku di beberapa tempat kawasan Pakatan Rakyat. Jadi seharusnya rakyat Negeri Selangor terutamanya penjawat awam sedar bahawa mereka sedang diperkudakan demi kepentingan politik Pakatan Rakyat yang amat sempit.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP