PAS TOLONG CERMIN MUKA DAHULU SEBELUM KELUAR KENYATAAN MENGARUT

>> 04 February 2012

Tak sudah-sudah Harakah mengetengahkan isu pilihanraya Mesir yang dimenangi Ikhwan Muslimin. Konon-kononnya PAS perasan parti mereka sama dengan Ikhwan Muslimin di Mesir. Sama dari segi perjuangan Islam bak kata Harakah.

Kelakar juga kerana Ikhwan Muslimin tidak sama sekali bersekongkol dengan parti kafir harbi DAP sebaliknya PAS terjilat-jilat DAP dan sanggup mati demi mereka. Banyak cacat celanya PAS berbanding Ikhwan Muslimin yang sebenarnya sudah ditubuhkan sejak 1928 dan diserap ke dalam politik Mesir pada tahun lepas.

PAS dan Ikhwan Muslimin ibarat langit dengan bumi. Langsung tiada persamaan. Malah pemimpin-pemimpin Ikhwan Muslimin pula adalah golongan baru dan bukannya seperti PAS yang penuh dengan golongan "tamat tarikh luput".

Pilihanraya Mesir juga jauh bezanya dengan Malaysia. Ikhwan Muslimin hanya memperolehi tidak sampai 50% dari jumlah undian tetapi masih boleh membentuk kerajaan. Sebaliknya di Malaysia, 50% dan ke atas baru mampu sesuatu parti untuk menubuhkan kerajaan. 

Lagipun PAS cuma bertanding tidak sampai separuh dari kerusi Parlimen, mampukah PAS hendak menubuhkan kerajaan sendiri? Mahu atau tidak terpaksalah PAS bersekongkol dengan parti kafir harbi dan parti pembohong untuk menubuhkan kerajaan. Bukankah itu namanya munafik?

Sebelum terlupa, Harakah juga turut menceritakan bagaimana Ikhwan Muslimin yang akan mentadbir Mesir menggunakan undang-undang Islam. Dari penceritaan Harakah dapat dilihat betapa kagumnya PAS dengan Ikhwan Muslimin atas kemampuan ini. Tapi masalahnya di Malaysia, kalau PAS mahu melaksanakan undang-undang Islam, PAS terpaksa langkah mayat Karpal Singh dahulu. Jadi masalah bagi PAS kerana sampai ke hari ini masih takut hendak langkah mayat Karpal Singh dan sekutunya seperti Lim Kit Siang dan betina rasis.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP