SI LIDAH BERCABANG MEROYAN DENGAN BLOGGER UMNO

>> 03 February 2012


Nampaknya si lidah bercabang semakin ketandusan isu. Skandal 3R diputar kembali demi meraih simpati dari rakyat yang konon-kononnya betapa si lidah bercabang ini difitnah oleh blogger pro UMNO.

Terbaru si lidah bercabang ini melaporkan kepada polis  laman web Papagomo, Pisau.net dan UMNO online kerana artikel 3R. Apa yang peliknya, pertama, dahulu si lidah bercabang ini beriya-iya menghentam dan mewar-warkan akan menyaman Dr. MiM dan Papagomo, bukannya Pisau.net. Kini Pisau.net pula yang terkena tempias.

Keduanya, artikel ini pertama sekali dibawa oleh Dr. MiM dan kemudiannya blogger seperti Pisau.net, Papagomo dan UMNO online hanya menghebahkan. Mengapa si lidah bercabang ini takut hendak melaporkan Dr. MiM iaitu orang pertama yang memperolehi artikel tersebut? Adakah kerana gertakan Dr. MiM sudah membuatkan si lidah bercabang kecut perut?

Adakah saman si lidah bercabang ini benar-benar ikhlas atau sekadar bermotif politik simpati?

ps: How are you Susan Loone? Wakakaka...

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP