MAT SABU JUGA CUBA MENJADI LEMBU NFC

>> 15 February 2012


"Ketua Audit Negara telah bersuara, Pengerusi NFCorp (Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail) sendiri mengaku mereka membeli kondominium di Bangsar menggunakan duit untuk projek lembu itu dan mendakwa ia pelaburan bijak, (Pengarah Strategik PKR) Rafizi (Ramli) telah membuat pendedahan demi pendedahan yang disertakan pelbagai bukti, dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) juga kita difahamkan banyak yang didedahkan dan sekarang Nazri pula kata berlaku kes pecah amanah dalam NFCorp.

Susah betul bercakap dengan Mat Syiah. Laporan audit sudah jelas menunjukkan tiada unsur kucar-kacir dalam pengurusan NFCorp.

Ketua Audit Negara menegaskan memang terdapat beberapa kelemahan dalam projek ternakan lembu daging Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tetapi pihaknya tidak pernah menggambarkan ia “kucar kacir atau pun ada penyelewengan.” - Detik Perubahan

Sedangkan bukti-bukti yang dikemukakan Rafizi lembu itu sendiri gagal menunjukkan sebarang bentuk penyelewengan. Dahulu kata lembu tinggal dalam kondo milik Datuk Sharizat. Selepas dibongkar kata kondo bukan sebuah. Itu pun sudah dibongkarkan.

Jadi tidak nampak isu penipuan setakat ini. Cuma ada beberapa faktor etika pengurusan yang dipertikaikan rakyat. Jadi, tunggu sahajalah SPRM buat laporan penuh. Tidak perlulah buat spekulasi sendiri seperti Mat Sabu dan rakan-rakan sekandang.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP