ANWAR SEMAKIN MENUJU PINTU KELUAR PAKATAN

>> 04 February 2012


Nampaknya Anwar semakin sukar diterima perjuangannya dalam Pakatan. Buat masa ini masih belum ada mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat yang mempertahankan Anwar dengan kenyataannya di dalam Wall Street Journal.

Pemimpin-pemimpin PAS pula seperti biasa mendiamkan diri dan hanya sekadar bercakap secara umum dalam media dan tidak langsung menghentam Anwar secara terus. Malah pemimpin PAS juga masih belum menyebut nama Anwar secara terbuka.


Dalam hal seperti ini dapat dililihat bagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lebih mementingkan poket dan perut mereka sendiri dari menegakkan keadilan. Mereka sedar kenyataan Anwar dalam Wall Street Journal itu adalah salah tetapi mereka langsung tidak menegur Anwar secara terus. Sebaliknya semua mendiamkan diri. Al-maklumlah, jika ditegur nanti dipecat pula seperti Hasan Ali.

Pemimpin Pakatan juga tidak berani untuk menyokong Anwar dengan kenyataan mneyokong Israel itu kerana mereka sedar rakyat langsung tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Jika bersuara, mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti Anwar.

Sehingga ke hari ini rakyat masih tertunggu-tunggu siapakah pemimpin Pakatan Rakyat pertama yang berani menegur Anwar dalam isu Israel ini.

1 comments:

Anonymous,  February 4, 2012 at 10:13 AM  

Mana boleh tegur.Nanti Anwar tak kasi duit untuk survival Parti Pas.Collection ceramah mana boleh cukup.Sekira ini benar berlaku Nik Aziz lah oarang nya yang terpaksa menanggung dosa kerana menggunakan sumber yang haram.Dia bukan tak tahu dari mana peliwat tua itu dapat

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP