ISU VALENTINE: KARPAL DAN PAS BERPERANG ATAU RETORIK POLITIK?

>> 13 February 2012


PAS kata haram. Karpal kata "hak kebebasan". Inilah politik pembangkang yang tiada hala tuju. Terbaru, PAS menyatakan betapa pendirian mereka yang tidak menyokong sambutan Hari Valentine. Ini bertentangan dengan Karpal Singh yang dilihat sememangnya gemar memainkan api agama.

Dalam hal ini, masih belum ada kata putus oleh Pakatan Rakyat. Pertelagahan seperti ini bukanlah kali pertama terjadi. Sebelum ini pun sudah terjadi dalam agenda PAS yang lebih besar iaitu perlaksanaan hudud dan negara Islam. Keputusannya dapat dilihat betapa lebai-lebai PAS hanya hebat di pentas ceramah tetapi akhirnya tunduk kepada Karpal.

Dalam isu Hari kekasih juga dapat dilihat akan kelembikan PAS. Sekiranya PAS benar-benar ingin menegakkan syariat Islam, PAS sepatutnya melawan kembali kenyataan Karpal dan terus memberikan tekanan. Bukannya sekadar cakap dan tunggu keputusan.

Sejak PAS berkawan dengan DAP, segala keputusan PAS ditentukan oleh kafir harbi. Keputusan mengenai perihal Islam seperti hudud pun diletakkan di tangan Karpal Singh. Ini cara PAS mendaulatkan Islam?!

1 comments:

Anonymous,  February 13, 2012 at 9:59 AM  

sebenarnya ini hanya wayang PAS aje oleh kerana market nya dalam politik sejak dua menjak ini merudum turun dia memerlukan sesuatu untuk menaik kan semula nama nya, lantaran isu valentine di jadikan modal.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP