PARTI KITA AKAN DIBUBARKAN

>> 02 February 2012


Zaid Ibrahim mengumumkan Parti KITA akan dibubarkan tidak lama lagi. Alasan ia dibubarkan kerana parti tersebut gagal mencapai objektif dan jumlah keahlian yang kurang. Nampaknya parti KITA sudah rebah sebelum menghadapi apa-apa pilihanraya.

Memang ada baiknya dibubarkan sahaja parti KITA ini kerana parti ini tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam perjuangan. Malah, belum ada jaminan parti ini akan memenangi mana-mana pilihanraya yang akan datang.

Seharusnya kita menyambut pembubaran parti KITA ini kerana dengan secara tidak langsung akan mengurangkan pemecahan orang Melayu dalam politik. Akhirnya Zaid Ibrahim sedar betapa sukarnya bergerak dalam platform sendiri. Bagaimanapun Zaid tidak menyatakan dengan jelas dia akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP