PAS TERENGGANU CIPLAK MANIFESTO SELANGOR 2008 YANG GAGAL

>> 07 February 2012

PAS Terengganu telah pun melancarkan manifesto awal berbanding sekutu mereka yang lain iaitu PKR dan DAP. Dan seperti biasa manifesto di hampir kesemua negeri adalah sama. Penuh dengan janji-janji palsa yang konon-kononnya memberikan pembaharuan kepada rakyat.

Ini manifesto PAS Terengganu.

1. Melaksanakan program pengecualian cukai pintu rumah kediaman untuk semuan rakyat.

2. Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

3. Menyediakan sebanyak 17,000 peluang pekerjaan untuk rakyat dalam masa 3 tahun pemerintahan.

4. Memberikan cuti bergaji kepada kakitangan awam yang kematian suami selama 30 hari.

5. Mewujudkan Dasar Merakyatkan Ekonomi dengan menyediakan projek dan skim khas kepada rakyat miskin.

6. Meneruskan usaha mengembalikan hak royalti petroleum rakyat Terengganu.

7. Mengganti tanah baru atau rumah kepada pemilik yang terlibat dengan pengambilan balik tanah.

8. Memberikan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik.

9. Menubuhkan sebuah sekolah menengah agama di setiap daerah, serta memberi geran tahunan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan pusat pengajian pondok.

10. Mewujudkan semula Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) milik negeri yang mengutamakan anak-anak Terengganu.

Manifesto PAS ini sebenarnya tidak banyak bezanya dengan manifesto Pakatan Rakyat di Selangor semasa 2008.



Jadi di sini rakyat Terengganu boleh berfikir sendiri wajarkah anda mempercayai manifesto PAS ini. Di Selangor dapat dilihat betapa Pakatan Rakyat hanya mampu melaksanakan menifesto mereka tidak sampai 10 dari semua yang dijanjikan.

Jika anda mempercayai manifesto PAS ini, nasib negeri Terengganu akan sama seperti di Selangor kini gagal diuruskan oleh Pakatan Rakyat dengan baik. Malah Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyalahkan BN dalam apa jua kegagalan mereka.

Di bawah jelas menunjukkan kegagalan kerajaan Negeri Selangor dalam pentadbiran mereka.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP