NIK AZIZ TERBUKA PEKUNGNYA SEBAGAI WAHABI

>> 05 February 2012



Video di atas Nik Aziz menerangkan betapa sambutan Maulidur Rasul hanyalah mengikut ajaran Kristian. Hujahnya bahawa sebelum ini pada zaman Khalifah ar-Rasyidin sambutan tersebut sama sekali tidak pernah diadakan.

Dalam aliran Islam, para ulama' sunnah tidak pernah menentang sambutan Maulidur Rasul sebaliknya mereka menggalakkan sambutan ini diadakan. Salah seorang ulama' yang menyatakan perkara tersebut ialah Sheikh Yusuf al-Qardawi yang menegaskan sambutan ini sebagai salah satu cara untuk mengingati Rasulullah.

Aliran Islam yang menentang sambutan Maulidur Rasul ialah Wahabi. Ini kerana ulama' Wahabi berpendapat perkara ini ialah bidaah kerana tidak pernah dilakukan oleh pemimpin Islam terdahulu. Tambahan pula ulama' Wahabi menerangkan sambutan ini sebagai satu pembaziran!

Apa pula kaitan Wahabi dengan Nik Aziz?

Tindakan Nik Aziz menyelar sambutan Maulidur Rasul menunjukan keserupaan pendapat dengan Wahabi. Tambahan pula, Nik Aziz pernah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di India yang meyebarkan fahaman wahabi secara meluas iaitu Universiti Deoband.

Malah terdapat satu artikel yang dikeluarkan sebuah NGO Islam di India menunjukan betapa fahaman Wahabi sememangnya telah bertapak secara mendalam di Universiti Deoband. Keadaan ini semakin menjadi kritikal sehingga penyebaran fahaman Wahabi ini dibahaskan oleh beberapa cendiakawan Islam di India.

Tambahan pula, ciri-ciri Nik Aziz yang mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang tidak persetujuinya  yang sememangnya jelas dengan ulama' Wahabi seperti Muhamad Abdul Wahab. Antara lain sifat ulama' Wahabi yang diamalkan Nik Aziz ialah:

1. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.
2. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.
3. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.
4. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

Bukankah sudah jelas Nik Aziz membawa ajaran Wahabi?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP