ISU PASIR SELANGOR: ADUN PKR MENGAKU TERIMA ELAUN. ELAUN ATAU RASUAH?

>> 11 February 2012


Jika masih anda masih ingat, PKR pernah mengadakan jelajah ke seluruh pelusuk negara untuk menjelaskan isu penjualan pasir Kerajaan Negeri Selangor. Antara intipati ceramah ialah "pasir dijual untuk kegunaan rakyat". Tetapi lain pula ceritanya pada hari ini apabila dua ADUN Pakatan Rakyat mengakui menerima elaun dari syarikat yang menguruskan projek tersebut.

ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei mengaku menerima enam kali pembayaran elaun untuk tempoh Jun hingga Disember 2009, manakala ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari menerima tiga kali pembayaran untuk tempoh Oktober hingga Disember 2009. - Berita Harian

Dengan ini terpampanglah imej sebenar Pakatan Rakyat Selangor bahawa isu penjualan pasir tersebut adalah untuk memenuhi poket pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Perkara ini amat bertentangan dengan apa yang pernah disuarakan oleh mereka dahulu dalam ceramah.

Tambahan pula perkara ini amat berkait rapat dengan rasuah. Jadi seharusnya SPRM mengambil tindakan untuk menjalankan siasatan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP