HIMPUNAN HIJAU: SUDAH-SUDAHLAH TU...

>> 24 February 2012


Fuziah Reaktor nampaknya semakin menjadi-jadi dalam mempolitikkan isu Lynas. Terbaru Himpunan Hijau akan diadakan untuk membantah projek Lynas.

Ini sebenarnya hanyalah satu lagi modal pembangkang untuk mempolitikkan isu-isu semasa. Apa yang pasti 90 peratus daripada hadirin pada hari tersebut adalah pembangkang. Tetapi apabila ditanya mengapa mereka berhimpun, belum tentu lagi mereka tahu apa tujuan Himpunan Hijau tersebut melainkan mereka berkumpul untuk menunjukkan sifat beruk mereka seperti apa yang berlaku pada Himpunan 901 dan BERSIH.

Semuanya hanyalah sekadar untuk menjaga kesinambungan politik Anwar Ibrahim dan Fuziah Reaktor yang dilihat semakin malap untuk meraih undi di Pahang. Sekiranya Fuziah Reaktor benar-benar ikhlas, pastinya debat di Dewan Rakyat boleh dilakukan. Sebelum ini pun banyak kali debat mengenai isu Lynas diadakan dan mengapa tidak dibangkitkan segala usul untuk penyelesaian?! Bukankah ini hanyalah sekadar politik Parti Bermata Satu?!

Malah sehingga ke hari ini rakyat masih tertanya-tanya pakar dari manakah yang digunakan Fuziah Reaktor untuk menyelesaikan masalah Lynas? Atau adakah sebenarnya Fuziah Reaktor sendiri yang sekadar buat-buat pandai?

1 comments:

oldman February 24, 2012 at 12:18 PM  

Kalau dan meroyan nak populariti masuk je akademi fantasia..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP