NASRUDIN TANTAWI TETAP MENGATAKAN BAI'AH DALAM PAS TIDAK SALAH DARI SEGI SYARAK

>> 28 February 2012


Nasrudin Tantawi cuba menegakkan benang yang basah dengan mengatakan bahawa bai'ah dalam PAS selaras dengan kehendak Islam yang menyuruh pengikut patuh pada pemimpin. Walhal perkara ini telah pun dijelaskan oleh Ustaz Fathul Bari bahawa bai'ah untuk tujuan ini tidak selaras dengan kehendak syarak.

Dalam pada itu Nasrudin Tantawi menyelar kenyataan Ustaz Fathul Bari yang mengatakan bahawa bai'ah PAS tidak patut disamakan dengan hukum syarak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, istilah ikrar, perjanjian atau akujanji adalah lebih tepat untuk digunakan dalam konteks politik kerana tidak dibenarkan berbai'ah dalam perkara-perkara yang melanggar syariat. 
Lebih-lebih lagi katanya, bai'ah yang diwajibkan oleh Pas untuk setiap calon parti itu yang bertanding dalam pilihan raya seperti dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin adalah terlalu radikal. 
"Bai'ah yang diperkenalkan Pas itu terlalu radikal sehingga dikatakan boleh mendatangkan kecelakaan dunia dan akhirat kepada sesiapa yang melanggarnya. - Utusan Malaysia
Di sini nampak jelas bahawa sebenarnya tiada dengki-mendengki berlaku seperti didakwan Nasrudin Tantawi. UMNO langsung tidak melahirkan kegusaran dalam PAS melakukan bai'ah cuma apa yang penting adakah ianya kehendak syarak atau sebuah lagi hukum baru PAS?

Dalam pada itu Nasrudin menyebut sepotong ayat al-Quran dari Surah al-Fath ayat 10 yang bermaksud,
“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar”.
Ayat suci ini cuba dibelitkan Nasrudin. Mari lihat skop bai'ah PAS dan bai'ah dalam Islam.

1. PAS hanya mewajibkan bai'ah kepada pemimpin parti sedangkan ahli biasa tidak perlu. Pada zaman Rasulullah bai'ah diwajibkan ke atas semua umat Islam untuk akur kepada Nabi Muhammad saw.

2. Bai'ah pada zaman nabi dilakukan ke atas Nabi Muhammad sendiri yang merupakan junjungan mulia kita sedangkan bai'ah PAS dilakukan atas nama parti politik yang terjilat-jilat kafir harbi seperti Ambiga, Teresa Kok dan Ronnie Liu. 

3. Ada YB PAS menerangkan betapa bai'ah PAS boleh menyebabkan isteri jatuh talak tiga sedangkan ianya amat bertentangan dengan hukum Islam.


Jika begini, masih selaraskah bai'ah PAS dengan kehendak syarak? Bukankah ianya seperti hukum Islam cuba diubah-ubah oleh PAS?

Sememangnya benar bahawa agama Islam menuntut umatnya akur kepada pemimpin. Tetapi matlamat tidak menghalalkan cara. Inilah yang berlaku dalam PAS.

Dalam pada itu perkara pokoknya bai'ah PAS ini hanyalah untuk parti dan tidak kepada Islam. Jika tidak para pemimpin PAS tidaklah terkinja-kinja semasa BERSIH dahulu sedangkan PM sudah acap kali menyuarakan amaran larangan berdemo. Mengapa arahan PM diingkari sedangkan suruhan Ambiga dituruti? Adakah ini yang dimaksudkan dengan bai'ah PAS iaitu taat setia kepada pemimpin walaupun pemimpin tersebut kafir harbi?

Jadi, dimanakah yang dikatakan bai'ah PAS selaras dengan syarak?!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP