IKHWAN MUSLIMIN: ANWAR PATUT DITOLAK

>> 09 February 2012


Ikhwan Muslimin telah pun menyuarakan pendapat bahawa Anwar tidak layak untuk memimpin umat Islam atas kenyataannya di Wall Street Journal. Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa Anwar sewajarnya ditolak oleh umat Islam di negara ini. Ini berdasarkan kepada satu artikel seorang pemimpin Mesir melalui laman blog.

Kenyataan ini juga menunjukkan betapa dunia Islam antarabangsa sendiri gagal untuk menerima Anwar sebagai pemimpin masa depan. Jadi, harapan negara dalam menjalankan hubungan diplomatik dengan negara Islam agak kabur sekiranya Anwar menjadi PM memandangkan negara-negara Islam sendiri kehilangan kepercayaan terhadap Anwar.

Ikhwan Muslimin dan PAS

Selama ini PAS amat mengagung-agungkan semangat penerimaan Islam oleh rakyat Mesir melalui parti Ikhwan Muslimin. Dalam pada itu PAS juga sentiasa menghebahkan konon-kononnya mereka turut membawa gelombang penerimaan parti Islam masyarakat Mesir ke Malaysia. 

Apa yang perlu dirungkaikan, perbezaan yang nyata disini betapa Ikhwan Muslimin sendiri menyatakan pendirian menolak Anwar sedangkan PAS mengangkat Anwar sebagai ketua mereka. Jadi, yang mana satukah lebih mendaulatkan Islam?

PAS juga tidak wajar sama sekali untuk mencerminkan diri mereka sebaris dengan Ikhwan Muslimin kerana mereka hanyalah orang suruhan Anwar. Malah mereka sama sekali gagal mendaulatkan Islam dalam banyak perkara. Antara yang paling nyata ialah negara Islam dan hudud. Jadi, dimana asas perjuangan Islam PAS sebenarnya? Adakah sekadar melalui kata-kata para pemimpin pendusta mereka atau retorik sahaja seperti kenyataan Mat Sabu?

Fikir-fikirkanlah...

1 comments:

Anonymous,  February 12, 2012 at 4:23 AM  

Anwar mahu pendamaian saja,itu jlan anwar y dsalah ertikan umporno...pas dan ikhwan muslimin berbeza kerana pas tdak prnah guna khidmat cia....dan ikhwanul muslimin juga mnolak dasar capitalisma umno,serta mnolak hudud...jadi pndirian pas betul...

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP