PEMECATAN AHLI KITA TIDAK SAH. SEMAKIN BERCELARU PARTI KITA

>> 25 February 2012



KOTA BAHRU - Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Negeri Kedah, Zamil Ibrahim membuat laporan polis kerana mendakwa pemecatannya tidak sah dan berlaku penipuan amanah dalam parti itu.

Zamil, yang diiringi kira-kira 10 pengikutnya, membuat laporan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Kita, Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman dan setiausahanya, Masrum Dayat di Balai Polis Kota Baharu kira-kira 5.30 petang.

Dalam laporan itu, Zamil mendakwa kedua-dua individu melakukan penipuan dan pecah amanah tugas bersabit pemecatannya.

Beliau memberitahu pemberita laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat kedua-dua individu berkenaan yang terlibat secara langsung dalam hal surat-menyurat dengannya memandangkan beliau telah pun menjawab surat tunjuk sebab berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan mencemuh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di TV3 pada 6 Jan lalu.

Zamil juga bertegas beliau masih anggota Kita serta Ketua Negeri Kedah yang sah.

Beliau juga berkata anggota dan pemimpin Kita akan bermesyuarat malam ini dan esok bagi memutuskan tindakan terhadap presiden parti Datuk Mohd Zaid Ibrahim, yang sebelum ini mengumumkan mahu membubarkan parti itu tetapi dibantah anggota parti. - Bernama

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP