KISAH SERAM: CHEGU BARD BERCERAMAH DENGAN KERUSI BUAT KALI KEDUA

>> 06 February 2012

Sudah berapa kali mahu dikatakan betapa Pakatan Rakyat tidak diterima di Negeri Sembilan dan nampaknya Chegu Bard masih tidak faham-faham dengan mesej ini. 

Kisah Chegu Bard bercakap dengan kerusi bukanlah isu baru kerana sebelum ini N9 Kini pernah melaporkan mengenai ceramah Chegu Bard di Taman Angsa Mas yang tiada sambutan dan hanya kerusi menjadi pendengar setia.

Malam tadi pula berlangsung satu lagi ceramah Pakatan Rakyat di Pinggiran Senawang dalam kawasan Parlimen Rembau. Ceramahnya disampaikan oleh Chegu Bard, Mohd. Taufek (ADUN Paroi) dan Adli Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka). Din Puduraya sebagai penceramah jemputan tidak dapat hadir.

Ceramah dijadualkan akan dimulakan pada pukul 9 malam tetapi kerana hadirin yang hadir amat menyedihkan iaitu sekitar 50 orang, ceramah terpaksa ditangguh hampir 45 minit kerana menunggu ketibaan hadirin.

Akhirnya ceramah terpaksa juga dijalankan walaupun kerusi banyak yang kosong.


Barisan penceramah. Cuba teka yang mana satu Chegu Bard?

Hadirin semakin bertambah sepanjang ceramah dan jumlahnya secara keseluruhan dalam 150 orang sahaja. Jumlah hadirin yang menyedihkan ini secara jelas menunjukkan betapa Chegu Bard masih gagal untuk mendapat sokongan dalam kawasan sendiri.

Adakah Chegu Bard masih tidak faham dengan mesej rakyat Rembau ini bahawa dia tidak diterima di kawasan sendiri? Masih tidak fahamkah Chegu Bard betapa Negeri Sembilan tidak menerima Pakatan Rakyat yang suka berjanji kosong?

nota: mohon maaf kerana kualiti gambar tidak memuaskan. 

5 comments:

CopyPaste-TembakJerr!!! February 6, 2012 at 4:33 PM  

hahahhahahaha....adoiiiii sakit perut aku gelakkkkk kesiannnnnnnnn dooooooooo

Anonymous,  February 9, 2012 at 9:15 AM  

Kesiannya gambar artikel ni ada dua aje, pilih angle bayekk punyer... Betul ka kosong...? Yang gelap kat belakang tu bukan orang ker..? hihihi kelakar...

Dot March 1, 2012 at 7:39 PM  

9:15 AM,

memang dlm gelap tu orang!! orang2 yg malu2 nak tunjuk muka sbb mrk bukan nak sokong sgt angry bard tu tp nak dengar dia klentong apa? itu sj. kalau betul mrk penyokong tegar, dah tentu mrk mengibar2kan bendera, melaung2 sokongan utk angry bard. kan? kan? kan?

sedeyla sbb sadis sgt sambutan....

Anonymous,  March 5, 2012 at 7:06 PM  

PADAN MUKO DEN ,DEN INGAT OGHANG GHAMAI DATANG DONGA CHOGAMAH DEN ,OGHANG OGHANG NI SUMO DAH MELUAT AGAK EH DENGAN DEN ,PRU 13 NI DEN TAK NDAK JADI LAIE JADI CALON .LOPEH NI BN MONANG BOSA LAH KAU YO .KOJO DEN SOBOLUM NI KELENTONG OGHANG YO KOJO EH .MAMPUIH LAH DEN MAK OII.

Anonymous,  March 8, 2012 at 8:20 PM  

aku lihat yg datang tu pun import dari luar!...dah lo cikgu lo ni dah berbedo tak macam 2008 dulu! ...dulu rakyat khasnya orang melayu bolehlah kau kelentong keburukan BN!...tapi sekarang Pak najib telah menambat hati Norani rakyat Malaysia!...engko kato apa pun kat dio dan BN...rakyat dah muak tak ado kerja lain fitnah, bohong,spin dan tipu terlalu klishe!...macam putar filem dan skrip lamo jo!...rakyat dah bijak bak kato pepatah Melayu Hanyo Jauhari jo yang kenal Maknikam!...betui tak kato hambo?

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP