ANWAR KANTOI MENIPU!

>> 16 February 2012


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap dengan pendirian untuk mengiktiraf kewujudan negara Israel dan sekaligus menyokong usaha penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel itu. 
Malah tegas beliau, pengiktirafan terhadap Israel itu dibuat berasaskan kepada kehendak rakyat Palestin sendiri yang mahu mewujudkan keamanan dan memberikan keadilankepada mereka seperti yang dipersetujui Hamas dan Fatah. - The Star

Benarkah rakyat Palestin mengiktiraf Israel seperti kenyataan Anwar ini? 

Ini adalah penipuan dari Anwar!

Sebuah akhbar Iran mengeluarkan kenyataan dari seorang pemimpin Hamas bahawa Hamas tidak akan mengiktiraf Israel! Berita itu dikeluarkan pada 11 Februari yang lepas.

Manakala JIsrael National News pula mengeluarkan sebuah lagi laporan dari pemimpin Fatah bahawa Fatah tidak mengiktiraf Israel pada 8 Februari yang lepas.

Jadi dimanakah sumber Anwar Ibrahim perolehi mengatakan bahawa rakyat Palestin yang cintakan kedamaian akan mengiktiraf Israel?

Penipuan Anwar ini dibuat demi menyelamatkan dirinya yang sudah terkantoi sebagai penjilat tegar Zionis. Masih perlukah kita menaikkan seorang bakal PM yang akan menggadaikan negara ini pada masa akan datang?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP