ANWAR MASIH CUBA MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH

>> 17 February 2012


Kenyataan media dari Anwar nampaknya semakin membelit kenyataan yang dibuatnya. Terbaru, Anwar terus mengatakan kenyataannya di Wall Street journal adalah benar sedangkan satu dunia dapat membaca dengan tepat apa yang dinyatakan Anwar.

Anwar tanpa segan silu memutar-belit kenyataan pemimpin dunia mengenai Israel.

Kenyataan Anwar di Wall Steet Journal,

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi,

"This [2002 Arab Peace Initiatve] is the way toward security.. Israel can’t keep the land and want security at the same time. It has to withdraw and give the Palestinians their rights. If Israel does that, the Arab states will put an end to the state of war. That will give Israel its security,"

Dalam kenyataan Menteri Luar Arab Saudi ini, tiada satu pun sebutan yang menyatakan bahawa kesediaan Arab Saudi untuk menjaga keselamatan Israel. Malah kenyataan ini berbunyi kecaman kepada Israel supaya menghentikan peperangan kepada Palestin dengan cara memberi kembali tanah hak milik rakyat Palestin.

Kenyataan Raja Jordan,

“The Palestinian right to statehood and their cry for justice and a homeland free of occupation remain the Arab people’s foremost cause. In Jordan, the “final-status” issues—including borders, refugees, security and Jerusalem—are at the heart of our priorities. This means making real the promise of a viable, independent, sovereign Palestinian state, as part of a two-state agreement that resolves all final-status issues and guarantees security for Israel.”

Kenyataan Raja Jordan ini telah pun dikecam oleh Liga Arab. Malah kenyataan ini terpampang di muka hadapan akhbar Israel kerana ini adalah kali pertama negara Arab bersedia mengiktiraf Israel. Kenyataan ini mendapat kritikan yang hebat dari beberapa pertubuhan Islam antarabangsa dan rakyatnya sendiri pada beberapa tahun lepas. Ini jelas menunjukkan betapa kenyataan Raja Jordan ini adalah salah!

Kenyataan Raja Jordan di muka hadapan akhbar Israel

Jadi adakah sebenarnya Anwar juga mempunyai fahaman yang sama dengan Raja Jordan mengiktiraf Israel? Jika begitu sudah jelas betapa Anwar sememangnya mengiktiraf negara haram yang sentiasa memusuhi umat Islam! Dalam pada itu masih perlukah Anwar menegakkan benang yang basah?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP