LIM GUAN ENG SALAHKAN UMNO KERANA KEMISKINAN RAKYAT PULAU PINANG

>> 06 February 2012


Lim Guan Eng menyalahkan UMNO sekali lagi kerana masalah kemiskinan di Pulau Pinang. Terbaharu Ketua Menteri pembelit itu menyatakan bahawa UMNO Pulau Pinang hanya memberikan bantuan kepada 300 keluarga miskin tegar sedangkan tedapat 700 keluarga miskin tegar di Pulau Pinang sejak 2009.

Apa yang menghairankan, Lim Guan Eng menyalahkan parti politik yang bukannya mendapat mandat di Pulau Pinang untuk membentuk kerajaan untuk membasmi kemiskinan sedangkan rejimnya yang memegang kuasa di Pulau Pinang tidak berbuat apa-apa.

Bukankah Lim Guan Eng sendiri yang menggalakkan kemiskinan di Pulau Pinang dengan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru sejurus memenangi pilihanraya? Tambahan pula jika hendak dibandingkan, berapakah jumlah keluarga miskin tegar yang berjaya dibantu kerajaan Pulau Pinang sejak 2008?

Sememangnya Lim Guan Eng hanya sekadar menyalahkan orang lain sedangkan rejimnya bersenang-lenang tanpa berbuat apa-apa tindakan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP