PAKATAN RAKYAT AKAN MENOLAK DONG JIAO ZONG?

>> 10 February 2012


Dong Jiao Zong yang merupakan sebuah NGO pro Cina benar-benar memberikan dilema kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana pemimpin-pemimpin mereka berbelah-bagi untuk menerima mereka atau mengenepikan mereka dalam arus gerakan Pakatan Rakyat.

Terbaharu, sudah ada suara-suara dalam Pakatan Rakyat menyarankan agar Dong Jiao Zong ditendang dari Pakatan Rakyat kerana akan memberikan impak kepada pengundi-pengundi Melayu. Pengundi Melayu pastinya sukar menerima Dong Jiao Zong kerana kelantangan mereka menyuarakan orang Melayu sebagai pendatang pada Ops Lalang pada masa lalu. Tambahan pula agenda mereka sentiasa bertentangan dengan resam orang Melayu seperti penghapusan kuota bumiputra dan isu sekolah jenis kebangsaan.

Tetapi, DAP pula dilihat gemar berdamping dengan Dong Jiao Zong. Malah pemimpin-pemimpin DAP sering mengangkat Dong Jiao Zong dalam ucapan mereka. Dan ini semakin meresahkan parti-parti politik lain dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR kerana undi dari masyarakat Melayu kepada mereka sudah berkurangan akibat pelbagai isu. Malah perdampingan DAP dan Dong Jiao Zong pastinya akan menyebabkan mereka kehilangan undi Melayu bertambah.

Dalam pada itu, pastinya kita hanya mampu melihat dan mencongak adakah PAS dan PKR akan menjadi Pak Turut DAP lagi dalam isu ini atau DAP akan memecah sejarah apabila mengalah kepada PAS dan PKR. Sama-samalah kita tunggu retorik politik pembangkang ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP