PERANG HASAN ALI DAN KHALID GEREJA SEMAKIN PANAS. TUDUH-MENUDUH BERLAKU

>> 10 February 2012


Khalid Gereja mendakwa Hasan Ali menuduh Shah Alam sebagai kota maksiat. Hari ini Khalid Gereja menjawab dengan menyatakan tuduhan Hasan Ali itu ditujukan kepada MBSA dan bukannya dirinya. Nampaknya Khalid Gereja cuba mengalihkan kesalahannya kepada orang lain.

Tuduhan ini berasaskan kepada pertambahan rumah urut dan kedai judi di Shah Alam. Permasalahan timbul apabila Shah Alam diduduki oleh majoriti umat Islam dan perniagaan haram seperti itu perlu dijauhkan demi menjaga akidah umat Islam. Tetapi sayangnya Khalid Gereja tidak mengambil kebaikan dari teguran Hasan Ali lalu melemparkannya kepada MBSA.

Sehinggakan Khalid Gereja boleh mempertikaikan dimanakah lokasi lubuk-lubuk maksiat tersebut. Jika orang dari kawasan lain boleh nampak, masakan Khalid Gereja tak boleh nampak di kawasan sendiri? Jadi selama ini Khalid Gereja tidak pernah menjenguk kawasan sendirikah?

Sepatutnya selepas teguran Hasan Ali,, Khalid Gereja terus mencari maklumat dan menggerakkan anggota penguatkuasa untuk melakukan serbuan. Bukannya mempersoalkan lagi perkara tersebut. Apakah Khalid Gereja sudah lupa mengenai isu rampasan arak? Bukankah dahulu Khalid Gereja yang beriya-iya mengatakan Shah Alam bersih tetapi bila sudah dibuktikan tak terjawab pula.

1 comments:

Anonymous,  February 11, 2012 at 12:12 AM  

sekarang bolehlah Khalid Gereja berkemas untuk keluar drp Shah Alam dan Selangor sbb undi PRU 13 dah takde, cuma dapat undi drp cina-cina DAP.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP