PAS PECAT GURU AL-QURAN KERANA PERBEZAAN PARTI POLITIK

>> 18 February 2012



KOTA BHARU 18 Feb. - Parti Progresif Penduduk (PPP) kecewa dengan kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang memecat seorang guru halaqah (guru al-Quran) selepas guru berkenaan serta suaminya mengumumkan menyertai PPP di Pasir Puteh, tiga hari lalu.

Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff berkata, tindakan Pas itu tidak profesional dan mengamalkan politik dendam yang sama sekali tidak mencerminkan parti berteraskan Islam.

"Saya sedih guru ini dipecat sebagai guru halaqah sebaik menyertai PPP dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku dan saya meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Mat memandang serius perkara ini.

"Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang sama sekali tidak akan memecat mana-mana pihak yang tidak menyokong BN dan ini satu lagi bukti kezaliman kerajaan Pas," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu adalah guru berkenaan, Siti Rokiah Mohd Zain, 53, serta beberapa bekas penyokong setia Pas yang menyertai PPP baru-baru ini.

Kesemua 80 bekas anggota Pas Kampung Wakaf, Pasir Puteh telah mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai PPP dalam satu majlis dan borang penyerahan menyertai PPP itu diserahkan sendiri kepada Nik Sapeia.

Nik Sapeia berkata, sebaik selesai majlis penyerahan borang keanggotaan itu, Siti Rokiah telah dimaklumkan oleh seorang pemimpin Pas yang beliau dipecat menjadi guru halaqah dan tidak lagi mendapat elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.

Sehubungan itu Nik Sapeia mengumumkan pihaknya akan membantu Siti Rokiah dengan membayar elaun sebanyak RM200 sebulan seperti mana elaun yang diperolehnya sebelum ini, bermula bulan ini.

"Mana-mana guru agama yang dipecat kerana menyertai PPP dan menyokong BN, saya akan bertanggungjawab dengan membayar semula ganti rugi itu sehingga seperti mana syarat yang dikenakan oleh kerajaan Kelantan itu," katanya. - BERNAMA

3 comments:

Anonymous,  February 18, 2012 at 9:12 PM  

TU LA NAMANYA PARTI KEPALA BUTUH, SILAP SIKIT BUANG, SURUH LETAK JAWATAN. KATA PARTI ISLAM. ITU BUKAN CARA ISLAM ,ITU CARA KEPALA BUTUH TENGOK CIPUT. DASAR BUSUK PERUT. KALAU LA BN BUAT MCM TU, RAMAI LAGI PENGIKUT HANG PA TU DAH DIBUANG KERJA. BABI PUNYA PARTI. MAAF DAH TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN INI. DAH MELAMPAU. TIDAK ISLAMIK DAN ALA ISRAEL

Anonymous,  February 18, 2012 at 10:15 PM  

pas memang haram jadah.

Anonymous,  February 18, 2012 at 10:28 PM  

Memang benar bagai dikata ...

PAS adalah parti politik yang mengamalkan ajaran setan. Menindas dan menganiaya rakyat sendiri. Mengguna Islam hanya untuk meraih sokongan dalam politik.

Ingatkan Israel tu zalim tapi tindakan PAS lebih teruk dari Yahudi.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP