TERPAKSA SABOTAJ CERAMAH SENDIRI KERANA TIADA SAMBUTAN?

>> 16 October 2012


Ceramah Pakatan Rakyat di Kampun Air Hitam, Jempol mendapat maklum balas yang mengejutkan. Ini kerana terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab menyimbah cat merah ke atas tapak ceramah. Kejadian ini disedari oleh petugas ceramah semasa jam 11.30 malam.

Dalam hal ini, sudah nampak bahawa permainan Pakatan Rakyat semakin melampau dan meluat. Mereka cuba menerapkan budaya simpati dalam usaha untuk meraih undi.

Adakah anda pernah ke ceramah Pakatan Rakyat? Sekiranya pernah pastinya anda pernah melihat sendiri bagaimana keselamatan tapak ceramah tersebut dijaga petugas-petugas ceramah. Keadaannya seperti masuk markas tentera. Boleh dikatakan petugas ceramah untuk setiap ceramah Pakatan Rakyat sahaja sudah berpuluh-puluh.

Dalam hal seperti ini, logikkah petugas ceramah langsung tidak menyedari perkara ini dari berlaku? 

Seperti biasa, Anthony Loke menyatakan bahawa berkemungkinan hal ini dilakukan oleh parti lawan.

Dengan suasana hadirin yang hanya mencapai sebanyak 300 orang termasuk pengunjung berbayar yang diangkut dari luar, ceramah Pakatan Rakyat pada malam itu bolehlah dikategorikan sebagai GAGAL seperti mana kebanyakan ceramah Pakatan Rakyat yang lepas.

Jadi hal menyimbah cat merah ini tidak lebih dari taktik menutup malu keadaan ceramah yang tiada sambutan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP