SEANDAINYA BENAR, KEDAH AKAN MEMPUNYAI BAKAL MB YANG...

>> 15 October 2012


Kisah perebutan jawatan MB Kedah oleh pemimpin PAS semakin menjadi-jadi. Dua puak yang diketahui iaitu puak MB kini iaitu Ustaz Azizan dan puak ahli exco, Phahrolrazi bertelingkah dalam banyak isu. Sebelum ini segala pertelingkahan agak terselindung apabila aksi kutuk-mengutuk hanya kedengaran dari khabar angin sahaja. Tetapi kini ianya sudah seperti bom jangka apabila aksi hentam-menghentam ini terpapar di muka hadapan akhbar dan media.

Isu pertelingkahan ini banyak merujuk mengenai pemimpin PAS puak Anwarinas cuba menguasai pemerintahan Kedah. Ini kerana seperti yang diketahui Ustaz Azizan sama sekali enggan menerima nasihat dan pandangan puak Anwarinas dari pelbagai aspek terutamanya berhubung dengan isu dalaman parti.

Tetapi hari ini agak mengejutkan apabila seorang lagi pemimpin PAS dikhabarkan akan masuk gelanggang untuk merebut jawatan MB. Siapakah dia?


Berdasarkan kepada kisah-kisah lepas, tidak mustahil Mahfuz Bean akan dipilih oleh Anwar sendiri untuk menjadi MB Kedah sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan Kedah kerana seperti yang diketahui Mahfuz Bean adalah seorang parasit Anwar di dalam PAS.

Andainya benar Mahfuz Bean menjadi MB, maka akan pecahlah sejarah di Kedah yang mana MB hanya berkelulusan SRP sahaja dan tidak tahu memandu kereta. Malah MB ini langusung tidak tahu berbahasa Inggeris. Bukan kata bahasa Inggeris, berbahasa kebangsaan pun tunggang-langgang!

Dan yang paling diketahui, MB ini mempunyai masalah pengiraan matematik yang kronik dan suka bercakap tak pakai akal.

2 comments:

anoymous October 15, 2012 at 10:47 PM  

Malang sekali kalau Mr Bean ini menjadi MB...kesian rakyat Kedah mendapat seorang MB yang hanya berkelulusan SRP dan selalu memberi komen-komen bodoh yang sama sekali dengan kelulusannya...

nonbal October 16, 2012 at 1:13 AM  

Malu bro... Aku orang kedah, kalau dapat MB mcm ni mampos, mana nak letak muka?
Tapi percayalah bro, belumpun sempat si mr bean atau phahrolrazi nak duduk kerusi mb, mereka akan terlebih dahulu bungkus dlm PRU 13 ni insyaAllah. Ust azizan adalah faktor kemengan pas jika pas masih nak pegang kedah.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP