ANWAR CUBA MENIPU RAKYAT SABAH SEPERTI DI SELANGOR

>> 30 October 2012


Kehadiran Anwar ke Sabah baru-baru ini disambut gembira oleh puak-puak Pakatan taksub yang sememangnya menjulang tinggi Anwar walaupun mempunyai reputasi yang buruk dari segi moral dan kepimpinan. Dimaklumkan akibat sambutan yang hangat itu, Sabah akan bertukar kerajaan. Mungkin juga Anwar terlupa bahawa sekiranya tidak dibayar, mungkin separuh dari jumlah keseluruhan hadirin tidak akan hadir. Jangan dilupa juga dengan jumlah penyokong Pakatan yang diangkut dari Semenanjung demi meramaikan majlis.

Dalam satu ceramah, Anwar menjanjikan sekiranya Pakatan merampas Putrajaya, kerajaan yang baru akan membina jambatan menghubungkan Sabah dan Labuan. Ini kerana dalam keadaan masa kini, perkhidmatan feri yang menghubungkan Sabah dan Labuan hanya beroperasi pada siang hari. Waktu terakhir feri adalah pada sekitar jam 6 petang. Dengan pembinaan jambatan ini akan menyenangkan rakyat Sabah sekiranya mahu berhubung ke Labuan pada waktu malam seperti dikatakan Anwar.

Ini adalah satu penipuan yang akan dirungkaikan satu persatu.

Seperti diketahui, Labuan bukanlah bandar yang mempunyai kepentingan dalam pembangunan Sabah dan Sarawak. Labuan juga sama sekali tidak mempunyai hasil ekonomi sendiri yang mampu menjana pendapatan. Berbeza dengan Pulau Pinang, Labuan tidak termasuk dalam laluan kapal dagang antarabangsa. Jadi, sememangnya tiada apa-apa pembangunan yang mampu dijalankan di Labuan.

Kerana itu kebanyakan rakyat Labuan sendiri banyak yang berhijrah. Pulau tersebut amatlah kecil. Jika dibandingkan dengan Pulau Langkawi, Labuan sememangya terlalu kecil untuk ditambah populasi.

Sebelum Anwar menabur janji tersebut, beberapa ahli kabinet dalam kerajaan pernah berbincang untuk membina jambatan menghubungkan Labuan dan Sabah pada tahun 90 an. Hasil perbincangan tersebut memutuskan bahawa pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dan Sabah sama sekali tidak praktikal.

Ini kerana kos pembinaan tersebut lebih tinggi dari pembinaan jambatan Pulau Pinang. Ini mengambil kira jumlah pengguna jambatan tersebut pada masa akan datang yang dilihat gagal memberi pulangan kepada kos pembinaan tersebut dan faktor muka bumi.

Faktor muka bumi merujuk kepada geografi jambatan tersebut yang terletak di Laut China Selatan berbanding dengan Jambatan Pulau Pinang yang terletak di Selat Melaka. Lokasi di laut terbuka boleh menimbulkan pelbagai musibah yang tidak dijangka pada jambatan tersebut sekiranya dibina seperti tsunami. Malah faktor gografi juga menunjukkan dengan jelas di mana Labuan terlalu hampir dengan Filipina yang sememangnya selalu dilanda gempa bumi kerana lokasi Filipina sendiri yang terletak di dalam kawasan lingkaran gunung berapi. Sekiranya jambatan tersebut dibina, kemungkinan untuk roboh akibat bencana alam amat tinggi.

Dalam pada itu, kajian menunjukkan dengan jelas bahawa pengguna jambatan tersebut pada masa hadapan tidak akan bertambah dengan baik. Ini mengambil kira faktor pengguna feri masa kini yang menunjukkan pertambahan yang sedikit sejak 10 tahun lepas dan kepadatan penduduk Sabah dan Labuan yang rendah.

Ini persoalan yang tidak mampu dijawab Anwar sekiranya ditanya.

Dengan ramalan menunjukkan dengan jelas bahawa pengguna jambatan baru tersebut amat sedikit, berapakah jumlah tol yang sewajarnya dikenakan oleh kerajaan untuk memberi kembali pulangan kos dan kos pembaikan atas pembinaan jambatan tersebut? Sekiranya jambatan tersebut mengenakan tol sebanyak RM 50 untuk perjalanan sehala, mampukah kos pembinaan jambatan tersebut diselesaikan dalam masa 50 tahun?

Persoalan inilah yang akan menidakkan pembinaan jambatan ini sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya di masa hadapan. Sehingga kini masih belum ada pakar yang mampu mengatakan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dan Sabah adalah praktikal melainkan Anwar sendiri yang sememangya pakar menipu.

Kerana itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan telah mengambil insiatif dalam membantu rakyat Sabah dan Labuan untuk berhubung di waktu malam dengan penyediaan helikopter yang diselenggarakan oleh TUDM Labuan. Sekiranya berlaku kes-kes kecemasan, TUDM akan membantu menghubungkan rakyat Sabah dan Labuan tanpa sebarang tol dengan cekap.

Janji Anwar sememangnya sedap didengar tetapi perlaksanaannya belum terjamin. Inilah yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah Pakatan di waktu ini. Di Selangor sendiri dapat dilihat bagaimana segala janji Pakatan Rakyat pada PRU 12 masih terlalu banyak gagal ditunaikan.

Motif Anwar dan Pakatan Rakyat merampas Sabah tidak lebih dari niat mereka untuk melanun hasil bumi Sabah seperti balak dan minyak. Ini kerana perkara ini telah pun berlaku di Selangor apabila PKNS dilanun terang-terangan oleh kroni Anwar. Inilah balasan yang diterima rakyat Selangor kerana memilih Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim yang juga merangkap Penasihat Ekonomi Selangor bergaji RM 1.

Diharapkan rakyat Sabah dan Labuan sedar bahawa kata-kata Anwar tidak lebih dari dusta dan penipuan semata-mata.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP