NASHA HENTAM DAP, PARASIT YANG TERASA PEDAS

>> 10 October 2012


Semalam akhbar-akhbar tempatan melaporkan bagaimana salah seorang parasit PAS bangkit mempertahankan DAP dari kritikan yang dilemparkan Nasha. Ini berikutan dengan kenyataan Nasha bahawa PAS perlu mengkaji semula kerjasama dengan DAP dan halatuju PAS yang semakin serabut.

Ini menyerlahkan lagi sikap parasit ini yang jelas menunjukkan mereka lebih selesa mempertahankan kafir harbi DAP demi kuasa dan kepentingan politik dari mempertahankan seorang rakan seagama dari parti sendiri yang cuba mempertahankan Islam.

Seperti yang diketahui juga suara parasit dalam PAS sememangnya sentiasa mengganggu suara ulama dalam PAS. Ini kerana mereka lebih berkiblatkan kuasa dari akidah dan perjuangan Islam.

Hari ini seorang lagi parasit bersuara menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Nasha. Parasit ini seperti yang diketahui antara sebab utama mengapa Dr. Hasan Ali dipecat dari PAS.

All Hail Father Khalid!
Dalam pada seperti yang diketahui masih tiada satu pun suara kepimpinan dari PAS yang bangkit berusaha mempertahankan Nasha. Ini menjelaskan lagi bagaimana parasit-parasit PAS ini seolah-olah mempunyai kekebalan untuk melakukan apa sahaja yang diingini.

Sebentar tadi seorang lagi parasit PAS mengeluarkan kenyataan berbentuk lepas tangan dengan menyeru kesemua pemimpin PAS tidak berbalah sesama sendiri. Dalam pada itu parasit ini langsung tidak mempertahankan Nasha.

Dengan keadaan ini dimana media-media pembangkang yang secara terus menyebelahi DAP, parasit PAS dan begitu hebat menghentam Nasha, ini menguatkan lagi spekulasi bahawa Nasha akan menerima nasib yang sama seperti Dr. Hasan Ali.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP