INILAH NASIB PEJUANG ISLAM DALAM PAKATAN RAKYAT

>> 10 October 2012


Inilah yang akan terjadi kepada seorang pemimpin yang cuba memperjuangkan Islam dalam Pakatan Rakyat.  Ustaz Nasha yang sebelum ini begitu lantang mempertikaikan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat menjadi mangsa cemuhan setiap suara dan medium perantara yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Malaysiakini yang merupakan portal penjilat tegar Anwar dan DAP terus-menerus menghentam Nasha dengan cara penulisan berhelah yang menjurus ke arah hasutan. Blogger pro Pakatan Rakyat pula khususnya PKR tidak habis-habis mengatakan bahawa Nasha hanya satu liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

Ini ditambah lagi dengan kenyataan Karpal untuk meneruskan saman ke atas Nasha kerana isu hudud yang berbangkit pada beberapa bulan lepas.

Apa yang menghairankan media utama PAS iaitu Haprakah sendiri bertindak mendiamkan diri dari mempertahankan Nasha. Inikah nasib seorang pejuang Islam dalam parti yang meggunapakai nama Islam pada nama parti?

Maka tidak hairanlah sekiranya seorang yang memperjuangkan Islam seperti Dr. Hasan Ali dipecat tanpa budi bicara yang sepatutnya. Dan tidak hairanlah juga apabila seseorang yang pernah ditangkap khalwat diangkat menjadi orang nombor dua parti. Inilah parti Islam yang dipersembahkan PAS untuk menjadi bahan ketawa kepada kafir DAP dan PKR.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP