KERAJAAN NEGERI SELANGOR TERHEGEH-HEGEH DAN LEMBAB

>> 04 October 2012


Diberitakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan bersidang untuk membincangkan permasalahan hutang Talam dan masalah air pada masa terdekat. Tarikh mesyuarat itu masih belum dinyatakan tetapi akan dilaksanakan demi survival politik Selangor yang semakin tidak menyebelahi Pakatan Rakyat.

Perkara ini dilihat amat terlambat dilakukan. Seharusnya mesyuarat untuk membincangkan isu Talam dan air di Selangor telah pun dilaksanakan 6 bulan lebih awal. Ini menyaksikan bahawa barisan exco dan Khalid Gagap sendiri memerlukan modal baru untuk mempertahankan diri dari masalah ini.

Tetapi saya percaya bahawa perkara pokok yang akan dibincangkan bukanlah untuk mencari jalan penyelesaian. Sebaliknya perkara yang dibincang pastinya cara untuk memutarbelitkan lagi fakta mengenai hutang Talam dan krisis air demi kepentingan politik Pakatan Rakyat.

Perkara ini telah pun berlaku banyak kali di peringkat kecil-kecilan seperti isu tanah tokong dimana exco menyatakan akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan hal tersebut. Alih-alih mereka kata masalah tanah tokong itu salah BN dan langsung tiada jalan penyelesaian yang dinyatakan. Inikah bentuk kerajaan yang telus yang hanya pandai menyalahkan orang lain?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP