PAS CUBA HERET TENTERA KE KANCAH POLITIK

>> 10 October 2012


PAS dilihat cuba bermain dengan api apabila berusaha untuk membawa tentera ke kancah politik. PAS dikhabarkan akan memberikan ceramah mengenai isu kebajikan tentera yang sememangnya sentiasa dibela oleh kerajaan.

Seharusnya isu seperti ini lebih baik dibentang di Dewan Rakyat dan bukannya di pentas ceramah politik murahan PAS. Ini kerana seperti yang diketahui PAS yang juga salah satu anggota Pakatan Rakyat sering kali mempolitikkan badan awam demi kepentingan parti.

Sebelum ini banyak isu perkara yang tidak sepatutnya yang berkaitan badan awam dipolitikkan Pakatan Rakyat. Antaranya isu pengurangan kakitangan awam oleh Tony Puaka, isu berkaitan Sambutan Ambang Kemerdekaan Negeri Selangor yang menyaksikan kakitangan awam dipaksa untuk mendengar ceramah politik dan isu gaji kakitangan awam Unisel yang masih tidak berkesudahan.

Ini ditambah lagi dengan kebiadaban badan-badan berkiblatkan Pakatan Rakyat dengan isu Scorpene yang telah dibuktikan fitnah dan sama sekali menghina tentera dengan tuduhan yang mengaibkan.

Ceramah ini sudah terbukti hanyalah satu taktik murahan Pakan demi meraih undi sahaja sedangkan mereka sebelum ini lebih gemar mempolitikkan isu berkaitan tentera demi kepentingan agenda mereka.

Ceramah seperti ini adalah perkara yang amat biadap dan tidak menghormati kesesuaian sesuatu isu untuk diperkatakan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP