PAS SALAHKAN KERAJAAN KERANA BERI DURIAN RUNTUH KEPADA WARGA FELDA

>> 30 October 2012


PAS seringkali mencanangkan di dalam ceramah politik murahan mereka bahawa keputusan kerajaan memberi habuan kepada peneroka felda sebagai tindakan yang salah. Ini kerana perbuatan tersebut dilaporkan mencetuskan pelbagai masalah dalam keluarga seperti anak-beranak bergaduh berebut habuan tersebut, keluarga berpecah-berai dan baru-baru ini pula dilaporkan di akhbar kisah bekas isteri yang menuntut wang habuan tersebut dari seorang bekas suami yang merupakan peneroka felda yang mendapat habuan tersebut.

Bagi PAS semuanya salah. Keputusan memberi habuan itu sama sekali menimbulkan lebih banyak masalah dari kesenangan.

Tetapi pada masa yang sama PAS juga terlupa bahawa sememangnya tanggungjawab kerajaan untuk memberikan wang tersebut. Kerajaan memberi wang tersebut sebagai memegang amanah yang diamanatkan kepada mereka. Inilah yang diusahakan kerajaan untuk membantu peneroka felda yang rata-ratanya hidup di bawah paras kemiskinan.

Sekiranya PAS merasakan keputusan itu salah, mengapa ahli PAS yang menerima habuan tersebut sama sekali enggan memulangkan kembali wang tersebut? Bukankah mengikut hukum sekiranya mereka menerima wang yang dikatakan oleh pemimpin PAS sebagai "pemberian yang salah" dikira sebagai bersubahat?

Kerajaan sama sekali tidak pernah memaksa peneroka felda menerima wang bantuan tersebut. Dalam masa yang sama juga kerajaan juga tidak pernah memaksa warga felda yang menerima bantuan tersebut mengundi BN pada PRU akan datang. Ini kerana tujuan kerajaan BN memberi wang bantuan tersebut bukanlah untuk meraih undi sebaliknya hanya sekadar memenuhi tanggungjawab sebagai kerajaan yang adil.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP