PAYAH BETUL BILA BEKAS YB TAK SEDAR DIRI

>> 15 October 2012


1. Sejak akhir-akhir ini isu membeli kepercayaan semakin menjadi-jadi. Membeli kepercayaan ini bermaksud cuba menonjolkan diri selaku pemimpin hebat supaya dipilih menjadi calon.

2. Dalam keadaan ini, bekas-bekas YB, pemimpin dan menteri terdesak ini sedaya upaya melakukan apa sahaja usaha ke arah itu. Dalam kategori itu termasuklah seorang bekas anggota kabinet yang lompat parti kerana diwar-warkan tidak akan terpilih lagi menjadi calon. Malah dengar katanya bekas ahli kabinet ini telah pun dijanjikan jawatan Ketua Menteri. Tapi rasanya lepas ini si polan tersebut nak jadi tukang sapu di pejabat Ketua Menteri pun tak dapat sebab kemungkinan besar akan kalah bertanding PRU nanti.

3. Isu yang ingin diperkatakan di sini apabila seorang lagi bekas anggota kabinet menyatakan bahawa dirinya bukanlah satu beban buat UMNO dan Barisan Nasional. Ini kerana menteri itu pernah dikaitkan dengan skandal besar. Walaupun masih tiada bukti jelas ditujukan di mahkamah, tetapi orang parti tahu benar bahawa siapakah yang bersalah dalam hal ini.

4. Akibat kerenah dan perbuatan bekas anggota kabinet inilah segala jentera parti di alam maya dan alam nyata terpaksa bersilat menangkis segala tohmahan dan peluru hidup yang berterbangan menyasar kepada kubu Barisan Nasional. Adakah ini yang dikatakan oleh bekas anggota kabinet ini bahawa dirinya bukan beban untuk Barisan Nasional?

5. Seharusnya si empunya diri ini sedar dengan kenyataan yang dikeluarkan. Segala perbuatannya terpalit hitam di segenap jentera kerajaan. Dan bekas anggota kabinet ini juga harus sedar bahawa mengundur diri dari jawatan bukannya bermaksud dia boleh sesuka hati membuka mulut.

6. Malah dalam pada itu segala kepercayaan terhadap empunya diri sudah semakin menurun di dalam parti. Jadi ingin ditegaskan di sini bahawa seorang yang sudah hilang kepercayaan orang lain tidak layak untuk membuat apa-apa kenyataan lagi kerana orang itu sendiri telah menutup pintu kepercayaan kerana perbuatannya.

7. Adakah terlalu radikal bentuk penulisan sebegini untuk menegur segelintir pemimpin yang lupa diri? Tidak sama sekali kerana perjuangan kita berasaskan kepada panji dan prinsip, bukannya kepada pemimpin yang sudah hilang arah tuju dan tersasar jauh dari perjuangan parti dan perjuangan diri.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP