SUARAM CUAK LAKUKAN LAPORAN POLIS

>> 02 October 2012


Sejak minggu lepas hingga ke hari ini, Suaram telah menerima banyak laporan polis berhubung penerimaan dana asing yang diragui dan membawa agenda negatif kepada negara. Perkara ini telah mendapat maklum balas dari luar negara apabila dikhabarkan bahawa wakil kepada pemberi dana datang ke Malaysia untuk memerhatikan gerak kerja Suaram untuk menepis isu ini. Siapa wakil tersebut? 

Antara laporan polis yang dibuat ke atas Suaram dilakukan oleh  Datuk Ismail Sabri Yaacob yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Beberapa NGO dan pihak individu juga dilaporkan terlibat dalam membuat laporan polis ke atas Suaram.

Laporan polis yang dibuat Datuk Ismail cuba dijadikan isu oleh Suaram untuk mengalih perhatian umum mengenai isu dana asing. Suaram telah melancarkan kempen menyeru pencacai-pencacainya untuk membuat laporan polis ke atas Datuk Ismail Sabri kerana dikhabarkan laporan polis yang dibuat oleh Datuk Ismail Sabri berniat untuk mempengaruhi siasatan yang dijalankan ke atas Suaram dan berniat jahat.

Tetapi dari sini dapat dinilai sendiri betapa bodohnya Suaram dalam membuat penilaian mencipta isu laporan polis ke atas Datuk Ismail Sabri. Pertama, Suaram sudah hilang kredibiliti apabila cuba menuduh perkara yang bukan-bukan kerana laporan polis tidak sama sekali bermaksud mempengaruhi. Ini secara tidak langsung juga membuat rakyat terfikir apakah seorang menteri sudah tiada hak untuk membuat laporan polis.

Keduanya, ini menunjukkan betapa takutnya Suaram berhubung isu dana asing ini. Walhal dalam siasatan yang sedang dijalankan waktu ini, tiada satu pun campurtangan mana-mana pihak. Ianya diuruskan oleh pihak berwajib secara keseluruhan. Jadi, mengapa Suaram perlu mengelabah sedangkan siasatan belum didedahkan kepada umum?

Dalam terdesak ini juga Suaram terpaksa menggunakan apa sahaja medium yang ada termasuk pihak polis. Walhal sebelum ini Suaramlah yang beriya-iya menghasut rakyat membenci polis kerana dikatakan menzalimi rakyat. Tetapi apabila terdesak sudah lain pula ceritanya.

Kempen menghasut membenci polis sehinggakan sanggup menjemput wakil asing
Hari ini Suhakam pula bangkit mempertahankan Suaram apabila mengatakan bahawa tidak salah menerima dana asing. Walaupun siasatan masih dijalankan tetapi Suhakam yang cuba bertindak bijak memaparkan kebodohan apabila mengiyakan lagi dakwaan penerimaan dana asing oleh Suaram. Penerimaan dana asing memang tidak salah isunya siapakah pemberinya dan apakah tujuannya.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP