CERAMAH PKR BUAT PENDUDUK BERANG

>> 06 October 2012


Pada minggu lepas berlangsung ceramah PKR di Taman Paroi Jaya. Rafizi Ramli dan dan Dr. Mohammad Nor dijemput untuk memberi ceramah.

Isi ceramah tersebut banyak berkisar mengenai pembentangan belanjawan kerajaan 2013. Penceramah tidak habis-habis mengatakan mengenai sistem kerajaan untuk menyelamatkan kroni dan belanjawan Pakatan Rakyat lebih baik. Taktik basi diulang-ulang sepanjang ceramah.

Apa yang ingin dibincangkan disini adalah mengenai laporan yang diterima saya semasa ceramah tersebut berlangsung. Penduduk setempat menyuarakan mengenai perasaan tidak puas hati kerana ceramah tersebut sama sekali tidak menghormati suara penduduk setempat.

Penduduk setempat mendakwa kenderaan pengunjung yang hadir menghalang kawasan masuk rumah mereka. Ini menyusahkan mereka untuk keluar masuk. Ini bukanlah bermaksud ceramah tersebut menarik hadirin yang ramai. Jumlah hadirin hanya sekadar 300 orang. Tetapi petugas ceramah yang menjaga lalu lintas sama sekali tidak melakukan tugas dengan baik.

Ini kerana lokasi ceramah tersebut terlalu dekat dengan kawasan perumahan. Lokasi tapak ceramah dengan kawasan perumahan hanya 5 ke 10 meter sahaja.

Tidak cukup dengan itu, pemilik perniagaan seperti kedai runcit dan kedai makan berdekatan dengan lokasi ceramah juga menyuarakan perkara yang sama. Barang tidak boleh dipunggah kerana kereta menghalang laluan ke kawasan perniagaan mereka. Pelanggan juga sama sekali tidak boleh berurusan kerana lalu lintas telah dihalang.

Penduduk setempat juga menyuarakan masalah bising yang mengganggu mereka semasa ceramah berlangsung. Pembesar suara dipasang terlalu kuat dan dihalakan ke arah rumah mereka.

Seorang penduduk setempat menyatakan bahawa di masa hadapan pihak berwajib diharap tidak membenarkan ceramah sepreti itu dilakukan di kawasan mereka kerana mengundang pelbagai masalah dan pihak penganjur bersikap lepas tangan dalam menyelesaikan masalah ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP